Noordin Mat Top disahkan terbunuh - Polis Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri mengesahkan pengganas paling dikehendaki di negara ini, Noordin Mohd Top mati ditembak dalam operasi polis di Solo, Jawa Tengah, awal pagi ini.

Katanya, polis berani mengesahkan bahawa lelaki itu ialah Noordin berdasarkan cap jari dan 14 lagi tanda dan ciri-ciri yang dikenali di badan lelaki yang berasal dari Malaysia itu.

"Alhamdulillah, dengan kebesaran Allah dan berkat di akhir bulan Ramadan ini, dia adalah Noordin Mohd Top," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini Khamis, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.

Katanya, polis terutama pasukan khas anti pengganas Densus 88 telah bekerja keras selama sembilan tahun mengesan dan memburu jejak Noordin dan akhirnya pada awal pagi ini dalam operasi di Solo, berhasil membunuh Noordin dan tiga pengganas lain serta seorang lagi yang cedera ditembak.

Bambang juga berkata polis turut menjumpai 200 kilogram bahan letupan yang sedia untuk digunakan di dalam rumah yang diserang hendap itu selain senjata M16 yang lengkap berisi peluru, selain komputer riba dan pelbagai dokumen. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

4 suspek pengganas terbunuh dalam serbuan, dipercayai termasuk Noordin Mat Top

SOLO (Indonesia): Empat suspek pengganas terbunuh dalam satu serbuan polis di tengah Indonesia, awal pagi Khamis, selepas kejadian tembak-menembak dan letupan, dengan salah seorang daripada yang terbunuh dipercayai perancang siri keganasan di negara itu, Noordin Mohammad Top.

Pegawai polis berkata, tiga lagi suspek pengganas turut diberkas.

Pegawai anti-pengganas berkata, suspek yang terbunuh termasuk pembuat bom, Bagus Budi Pranato.

Menurut jurucakap polis negara itu, Nanan Sukarna, anggota-anggota militan yang diberkas adalah seorang wanita mengandung yang kini dirawat di hospital tempatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Polis menjejak tujuh suspek itu ke sebuah bandar di Solo, Jawa Tengah dan mengepung sebuah rumah kampung di pinggir bandar tersebut semalaman.

Menurut jurucakap polis, serbuan itu berakhir pada waktu subuh apabila berlaku letupan di dalam rumah berkenaan.

Televisyen Indonesia menyiarkan rakaman rumah yang terbakar tanpa bumbung dan kepingan dinding yang berkecai.

Stesen televisyen TVOne membuat spekulasi bahawa mayat yang tidak dikenalpasti itu adalah Noordin yang merupakan anggota militan yang paling dikehendaki di rantau ini, namun tidak ada pengesahan berhubung perkara itu dan kematiannya telah disalah lapor sebelum ini.

Sejumlah besar bahan letupan, senjata, grenad dan bom ditemui di tempat kejadian dan beberapa ambulans membawa mangsa yang terbunuh dan cedera.

Berlaku sedikit percanggahan laporan berhubung punca letupan itu, namun Sukarna berkata, "ia kemungkinan besar datang daripada polis yang cuba masuk ke dalam (rumah)" dan ia bukan letupan bom berani mati seperti yang dilaporkan sebelum itu.

Pasukan polis khas memberkas dua lelaki yang dikenal pasti sebagai Bejo dan Supono, yang membawa mereka ke tempat persembunyian tersebut. AP

BERITA TERDAHULU

JAKARTA: Empat orang dipercayai pengganas terbunuh manakala tiga lagi diberkas dalam satu serbuan polis di tengah Indonesia, awal pagi Khamis.

Menurut jurucakap polis negara itu, Mejar Jeneral Nanan Sukarna, tujuh orang dipercayai anggota militan telah dikesan di pinggir bandar Solo, Jawa Tengah, lewat malam Rabu.

Katanya, empat suspek tersebut terbunuh dalam kejadian tembak-menembak dan letupan pada awal pagi Khamis di sebuah kampung yang menjadi tempat persembunyian suspek sementara tiga yang lain berjaya ditangkap.

Pegawai anti pengganas berkata, mereka yang terbunuh termasuk pembuat bom yang dikehendaki kerana mempunyai kaitan dengan kejadian letupan bom di dua hotel mewah di Jakarta Julai lalu.

Pegawai tersebut yang enggan dinamakan berkata, kejadian pada Khamis itu kemungkinan letupan bom berani mati. AP

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan