Mukhriz berpendapat Dr Mahathir tak kisah isu 'kalung selipar'

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mungkin tidak mengambil kisah dengan cadangan seorang anggota MIC agar beliau (Dr Mahathir) dikalungkan dengan selipar.

"Saya tak tahu. Saya ingat dia pun tak kisah, saya tak sempat tanya lagi," katanya kepada pemberita di sini ketika diminta mengulas respon Dr Mahathir mengenai isu berkenaan.

Ketika membahaskan satu usul pada persidangan MIC barubaru ini, seorang anggota perwakilan, M. Sukumaran, mencadangkan agar Dr Mahathir dikalungkan dengan selipar sebagai membantah kenyataan negatif bekas Perdana Menteri itu terhadap kepimpinan MIC.

Setelah dikecam hebat dan dianggap biadab, Sukumaran memohon maaf secara terbuka dan juga dilaporkan berkata ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf.

Ketika ditanya sama ada MIC juga perlu memohon maaf atas kebiadaban anggotanya itu, Mukhriz berkata itu terpulang kepada parti tersebut tetapi pada pandangannya mungkin lebih elok parti itu berbuat demikian untuk meredakan keadaan.

"Saya pun terima banyak SMS dan panggilan kawan-kawan dari MIC yang menyatakan bahawa sebenarnya pendirian itu tidak dikongsi oleh MIC. Oleh kerana itu, kita tak perlu rasa gusar bahawa ini satu trend. Jadi itu agak melegakan hati saya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan