MCA adakan EGM 10 Oktober

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Okt ini bagi menyelesaikan krisis yang melanda parti itu ekoran pemecatan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng memberitahu sidang akhbar di ibu pejabat parti di sini semalam, EGM itu akan diadakan di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang di sini pada 10 pagi.

Tarikh itu diputuskan selepas perbincangan mendalam daripada segenap sudut serta mengambil kira kepentingan parti dan anggotanya, katanya.

Wong berkata berikutan mesyuarat penyelarasan yang diadakan pada 14 Sept yang dihadiri oleh wakil pihak yang memegang kepentingan, keputusan sebulat suara dicapai bagi menghormati pandangan akar umbi supaya hanya satu EGM diadakan dan menggunakannya sebagai saluran demokratik bagi menyelesaikan perkara berkaitan parti.

Wong berkata beliau telah pun menghantar notis EGM kepada kesemua 2,377 perwakilan pusat parti sebelum 5 petang semalam.

"Saya harap kesemua 2,377 perwakilan pusat akan menghadiri EGM itu dan membuat keputusan yang bijak demi masa depan parti," katanya.

Wong berkata pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang di Negeri Sembilan pada 11 Okt juga merupakan faktor yang diambil kira semasa menetapkan 10 Okt sebagai tarikh EGM MCA.

Ditanya mengenai akibat jika salah satu atau kelima-lima resolusi yang dicadangkan oleh penyokong Dr Chua diluluskan dalam EGM itu, Wong berkata terserah kepada perwakilan pusat untuk membuat keputusan yang bijak.

Pada 26 Ogos, berdasarkan cadangan Jawatankuasa Disiplin MCA, Majlis Presiden parti itu mencapai keputusan bersama untuk memecat Dr Chua daripada parti kerana pembabitannya dalam skandal DVD seks.

Tempoh 14 hari untuk Dr Chua mengemukakan rayuan berakhir hari ini selepas beliau mengakui menerima notis pemecatan itu pada 2 Sept.

Wong, ketika dihubungi pada 5.30 petang ini, berkata Dr Chua tidak mengemukakan rayuan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan