Kartika beri notis tak mahu diganggu

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kartika Sari Dewi Shukarnor, model sambilan yang dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang semalam memberi notis melalui peguamnya untuk tidak diganggu.

Kartika, yang reda dengan hukuman yang dikenakan itu serta memohon ia dilaksanakan secepat mungkin, berkata terlalu ramai orang perseorangan, ahli politik, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan yang menghubunginya serta berjumpa dengannya serta keluarga sejak kebelakangan ini, dan ini mengganggu kehidupannya sekeluarga selain beliau didesak melakukan pelbagai perkara yang tidak mahu dilakukan.

"Oleh yang demikian, saya memberi notis bahawa saya tidak mahu diganggu oleh mana-mana orang perseorangan, ahli politik, pertubuhan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan segala perjumpaan yang telah, sedang dan akan dirancang serta apa-apa perhubungan dengan saya sekeluarga hendaklah dihentikan serta merta," kata Kartika dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui firma guaman Tetuan Adham & Associate semalam.

Kartika berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengganggu ketenteraman beliau dan keluarganya selepas ini. Dalam kenyataan itu, beliau menegaskan bahawa beliau amat menyesal dan bertaubat dengan kesilapan yang telah dilakukan.

"Saya tidak akan mempertanggungjawabkan kepada sesiapapun dalam pelaksanaan hukuman sebatan ini," katanya.

Kartika berkata beliau telah mendapatkan khidmat nasihat daripada beberapa peguam sivil dan peguam syarie berkaitan dengan pelaksanaan hukuman sebat ini dan berpuas hati dengan nasihat tersebut.

Beliau juga telah melantik peguam sivil dan syarie dari firma guaman Tetuan Adham & Associate di Ipoh bagi menjaga kepentingan beliau dan keluarganya.

Kartika dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Pada 24 Ogos lepas, penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika dikeluarkan di Kuantan oleh Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan