Anifah ke Indonesia selepas bantahan anti-Malaysia surut

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Luar, Datuk Anifah Aman semalam berangkat ke Jakarta berikutan situasi di ibu negara Indonesia itu yang kini bertambah baik selepas kumpulan bersenjata yang marah dengan dakwaan Malaysia meniru tarian Bali seperti disiarkan saluran Discovery Channel telah bertindak mengancam rakyat Malaysia di bandar raya itu.

Anifah berkata, Kerajaan Malaysia berpuas hati dengan tindakan yang diambil pihak berkuasa Indonesia setakat ini dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang menetap dan melancong ke negara itu.

"Mereka telah memberi jaminan kepada kita dan kita sangat berpuas hati dengan langkah-langkah yang diambil pihak berkuasa," katanya kepada The Star.

Ditanya sama ada pemergiannya ke Indonesia dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam, Anifah berkata, hal itu tidak dibangkitkan.

"Bagaimanapun, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) meminta saya menyampaikan salamnya kepada Presiden (Susilo Bambang Yudhoyono) dan mengucapkan tahniah kepada beliau atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden baru-baru ini.

"Perdana turut menghantar ucapan Hari Raya kepada Presiden dan berharap dapat bertemu semasa rundingan tahunan mereka bulan depan," katanya.

Anifah dihantar Perdana Menteri ke Jakarta berikutan sekumpulan aktivis bersenjatakan buluh runcing berkeliaran di sebuah jalan di Jakarta minggu lalu untuk mencari rakyat Malaysia. Media tempatan turut menyokong kemarahan rakyat Indonesia berhubung dakwaan Malaysia "mencuri" tarian itu.

Anifah dijadualkan bertemu rakan sejawatnya Hassan Wirajuda sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden hari ini.

"Ini adalah lawatan kerja. Apabila saya bertemu dengan rakan sejawat nanti, kami akan berbincang mengenai perkembangan terkini tentang banyak isu termasuk perhimpunan agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang akan datang," katanya.

Diplomat Malaysia di Jakarta mengesahkan yang situasi di bandar raya itu kini bertambah baik dan demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia telah dihentikan sejak pihak berkuasa tempatan mula mengambil tindakan.

Setakat ini, enam ditahan berikutan insiden itu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan