Umat Islam mesti pupuk silaturrahim dan perpaduan - TPM

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta umat Islam di negara ini supaya sentiasa memupuk silaturrahim dan perpaduan di kalangan mereka sepanjang masa.

Beliau berkata menerusi pemupukan silaturrahim dan perpaduan yang berterusan di kalangan umat Islam negara ini, kemajuan akan dapat dikecapi.

"Kerajaan sentiasa berusaha untuk membawa kemajuan kepada umat Islam negara ini dan ini hanya dapat dicapai menerusi ukhwah, perpaduan dan kerjasama yang kukuh di antara mereka," kata Muhyiddin, yang juga merupakan Timbalan Presiden Umno, ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada 150 fakir miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim piatu di Surau Saadiah di sini, semalam.

Surau Saadiah dan sekolah agama yang terletak bersebelahan dengannya, itu dibina oleh allahyarham bapa Muhyiddin, Muhamad Yassin Mohamad yang merupakan seorang guru agama yang terkenal di daerah Muar.

Timbalan Perdana Menteri turut menerima sumbangan zakat berjumlah RM150,000 daripada Pengarah Urusan Uda Holdings Berhad Datuk Jaffar Abdul Hassan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan