Pulau Pinang beri bayaran khas kepada kumpulan sokongan - Berita Semasa | mStar

Pulau Pinang beri bayaran khas kepada kumpulan sokongan

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Kerajaan negeri telah bersetuju untuk meluluskan bayaran khas RM500 kepada kesemua 3,299 pegawai kumpulan sokongan kerajaan negeri.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, ia selaras dengan tindakan kerajaan pusat, bayaran khas itu akan dibuat dengan dua ansuran.

"Arahan pembayaran RM500 ini akan dikeluarkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan semua agensi kerajaan negeri," katanya dalam ucapan sempena sambutan Hari Malaysia, di sini hari ini.

Katanya pembayaran pertama RM250 akan dilakukan hari ini bagi membolehkan wang tersebut digunakan untuk menyambut Aidil Fitri manakala bakinya akan dibayar akhir Disember.

"Bayaran ini akan melibatkan peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM1,649,500 dan gaji juga akan dibayar lebih awal untuk dua bulan ini untuk menyambut dua perayaan iaitu Hari Raya Puasa dan Deepavali," katanya. Lim juga berkata kerajaan negeri bercadang untuk menderma RM30,000 dalam usaha membela nasib wanita Penan di Sarawak yang dilaporkan mengalami penderaan seksual oleh pekerja pembalakan.

"Saya akan mencadangkan dalam mesyuarat exco nanti bahawa kerajaan negeri menderma wang tersebut untuk membela nasib wanita Penan," katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan