Laluan tanpa tol di Lebuhraya Karak Dan LPT 18 dan 24 September

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati laluan tol percuma iaitu antara tengah malam dan pukul 5 pagi pada 18 dan 24 Sept ini.

Kumpulan MTD yang merupakan pemegang konsesi kedua-dua lebuh raya berkenaan berkata perjalanan percuma itu adalah bagi semua kelas kenderaan termasuk kenderaan perdagangan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan MTD Datuk Azmil Khalid berkata pengecualian pembayaran tol adalah sebagai hadiah dan terima kasih MTD kepada pengguna lebuh raya itu sempena perayaan Hari Raya.

Beliau berkata pengguna Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur akan jimat RM8 manakala pengguna LPT pula akan mendapat pengecualian tol RM29 bagi satu perjalanan.

"Keputusan ini diambil dengan rasa penuh tanggungjawab untuk membantu mengurangkan beban semua rakyat Malaysia terutama Lebuhraya Pantai Timur yang pulang berhari raya ke kampung halaman mereka.

"Laluan tol percuma ini mengambil kira waktu puncak perjalanan pergi balik antara Kuala Lumpur dan pantai timur," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat MTD di Batu Caves dekat sini pada Selasa.

Azmil berkata pengguna bagaimanapun masih perlu mengambil dan menyerahkan semula tiket transit seperti biasa pada laluan keluar plaza tol terakhir mereka.

"MTD menganggarkan purata 200,000 kenderaan sehari akan menggunakan LPT yang bermula dari Gombak di Kuala Lumpur hingga Jabor, Terengganu. Menurut rekod, sebanyak 60 peratus tertumpu kepada perjalanan di siang hari," katanya.

Inilah kali pertama sebuah syarikat konsesi lebuh raya memberikan tol percuma kepada pengguna lebuh raya. Baru-baru ini PLUS memberikan diskaun hingga 20 peratus kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan semasa musim perayaan kali ini.

Azmil berkata MTD juga memperkenalkan Panduan Perjalanan atau "Time Advisory" untuk mengelakkan "choke points" kesesakan trafik.

Mengenai kemungkinan berlakunya kesesakan di plaza-plaza tol, Azmil berkata pihaknya akan menyediakan pondok tol tambahan di samping membekukan cuti petugas. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan