Cadangan 'kalungan selipar' tak dapat sokongan - Mukhriz

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota-anggota MIC tidak berkongsi sentimen seorang daripada anggota parti itu yang mencadangkan "kalungan selipar" untuk Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perhimpunan agung parti itu minggu lepas, kata anak lelaki Dr Mahathir, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata beliau menerima banyak mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMs) dan panggilan telefon daripada rakan dalam MIC berhubung perkara itu.

"Mereka memberi jaminan kepada saya bahawa mereka tidak berkongsi sentimen orang yang membuat kenyataan itu dalam perhimpunan agung (MIC) dan ia tidak mewakili majoriti anggota parti.

"Jadi, saya harap perkara ini benar dan kita boleh terus mara ke hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar bertajuk "Peluang daripada AFTA dan FTA Serantau", anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata adalah malang kerana kenyataan yang dibuat oleh bapanya telah mengakibatkan reaksi yang berbaur emosi daripada salah seorang anggota MIC.

Mukhriz, yang juga Anggota Parlimen Jerlun, berkata Dr Mahathir hanya meminta MIC melakukan perubahan seperti yang didesak oleh rakyat yang ingin melihat muka baru dalam kepimpinan parti.

"Beliau (Dr Mahathir) sendiri selepas menerajui Umno dan Barisan Nasional (BN) selama 22 tahun, merasakan beliau tidak sepatutnya menunggu sehingga beliau dipaksa keluar sebelum bersara," kata Mukhriz.

Parti komponen lain dalam BN, misalnya Umno, sedang melakukan perubahan dan MIC tidak terkecuali, katanya.

Mukhriz berkata BN hanya mempunyai kirakira dua setengah tahun untuk melakukan perubahan sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Kami sentiasa melihat MIC sebagai rakan utama dalam BN yang mewakili masyarakat India. Oleh itu, kami berharap supaya perubahan yang didesak oleh orang ramai itu akan dilaksanakan oleh MIC," katanya.

Sementara itu, Wanita Umno mendesak supaya perwakilan MIC yang mencadangkan supaya diletakkan "kalungan selipar" pada gambar Dr Mahathir ketika perhimpunan agung parti itu supaya memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri dan juga rakyat.

Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyifatkan perbuatan itu tidak boleh diterima sama sekali oleh semua orang, berkata tindakan itu juga tiada tata susila dan bukan budaya orang Malaysia.

"Wanita Umno tidak boleh terima sama sekali, sama ada rakankah, musuhkah, ini isu nilai penghormatan kita sebagai rakyat Malaysia," katanya pada pemberita di sini.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata walaupun isu itu tidak ada kena mengena dengan BN kerana ia perbuatan individu, MIC sebagai sebuah parti komponen perlu mengambil tindakan dan memberi amaran kepada perwakilan terbabit.

Beliau yang mengalualukan tindakan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu menggantung keanggotaan perwakilan parti itu yang mencera Dr Mahathir, tetap mahu anggota terbabit berjumpa dengan Dr Mahathir dan meminta maaf.

"Jika kita melihat budaya sebenar kaum India, mereka akan cium kaki orang tua, kalau hendak ikutkan Dr Mahathir itu pangkat bapa di negara ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan