SPRM siasat Khir Toyo 6 jam

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo disoal siasat kira-kira enam jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rumah mewah beliau di Seksyen 7, Shah Alam dan penggunaan dana Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Beliau berada di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sejak pukul 8.30 pagi dan meninggalkan bangunan suruhanjaya itu kira-kira 2.30 petang tadi.

Timbalan Pengarah Siasatan SPRM, Sazali Salbi mengesahkan kehadiran bekas Menteri Besar itu untuk diambil keterangan.

Beliau juga mengesahkan Dr. Mohd. Khir diambil keterangan berhubung isu rumah mewah miliknya yang didakwa mencecah berjuta-juta ringgit dan penggunaan wang Balkis untuk tujuan bercuti di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Dr. Mohd. Khir berjaya mengelak daripada diburu wartawan dan jurugambar yang menunggu beliau di lobi Ibu Pejabat SPRM sejak 8 pagi dengan menggunakan laluan paras bawah tanah.

Malah difahamkan bekas Menteri Besar Selangor itu tidak menggunakan kereta beliau tetapi datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira bagi mengelak dikesan wakil-wakil media.

Dr. Mohd. Khir dalam kenyataan yang dipetik dari akhbar China Press hari ini berkata, beliau mampu membeli banglonya di Seksyen 7 kerana pernah menjadi Menteri Besar dan juga ahli politik.

Menurutnya, ketika mula membeli rumah itu, ia hanya bernilai RM3.5 juta tetapi selepas tiga tahun dan setelah diubahsuai, nilai rumah itu meningkat kepada RM5 juta.

Berhubung laporan siasatan SPRM ke atas banglo mewahnya itu, Dr. Mohd. Khir pernah berkata, beliau sentiasa bersedia untuk disiasat.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan