Najib lancar pertukaran pegawai perkhidmatan awam - GLC

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini melancarkan Program Pertukaran Penempatan antara Perkhidmatan Awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) iaitu program pertukaran antara kakitangan awam dan GLC bagi mempercepatkan pembangunan kepimpinan kakitangan kedua-dua sektor di peringkat pengurusan.

Bagi kumpulan pertama, seramai 47 peserta dari kerajaan dan GLC terlibat dalam program ini dan mereka akan ditugaskan ke lokasi hos untuk tempoh dua tahun dengan satu tinjauan semula dibuat selepas tempoh tersebut.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, program ini bertujuan untuk membangunkan satu generasi baru pemimpin berprestasi tinggi yang memiliki kefahaman mengenai operasi dan peranan kerajaan bagi memudahkan perniagaan serta membenarkan pemindahan pengetahuan dan kemahiran antara kerajaan dan GLC.

Katanya, program itu dijangka dapat mengukuhkan kecekapan dan keserbabolehan sektor awam dan swasta di negara ini. "Pemimpin bukan dilahirkan tetapi ia perlu dipupuk dan untuk memupuknya, mereka perlu diletakkan di tempat dan masa yang betul.

"Untuk itu, kita mesti membangunkan sistem dan perancangan yang sistematik supaya dapat melahirkan pemimpin yang berkualiti tinggi.

"Kita akan tunggu laporan perkembangannya dan saya yakin, ia akan berhasil," katanya semasa melancarkan program tersebut di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Program tersebut merupakan lanjutan program Tugasan Bersilang GLC yang dilancarkan awal tahun ini.

Antara GLC yang mengambil bahagian adalah Axiata Group Sdn Bhd, Malaysia Airlines System Bhd, Malaysia Airport Holdings Berhad, Proton Holdings Berhad, Pos Malaysia Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan UEM Group Berhad.

Sementara itu, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang mengambil bahagian adalah Khazanah Nasional Berhad dan Lembaga Tabung Haji.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan