MCA: Hanya satu EGM akan diadakan, tarikh diumumkan Rabu

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA akan diadakan dan tarikhnya akan diumumkan Rabu ini, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng.

Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat penyelarasan EGM yang berlangsung selama empat jam dengan dihadiri tiga wakil Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat dan tiga wakil Timbalan Presiden yang dipecat baru-baru ini, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Mewakili Ong adalah Datuk Chai Kim Sen, Gan Ping Sieu dan Simon Lim manakala tiga anggota kumpulan yang mendesak diadakan EGM itu adalah Datuk Seri Tan Chai Ho, Loh Seng Kok dan Datuk Chong Itt Chew yang mewakili Dr. Chua.

"Mesyuarat itu dijalankan secara persahabatan di mana keduadua pihak mencapai persetujuan untuk mengadakan satu EGM bersama," kata Wong pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu semalam.

"Untuk mendapat keputusan muktamad, presiden parti bersetuju sepenuhnya dengan usul yang dicadangkan pihak yang memohon iaitu lima usul kesemuanya yang dibentangkan oleh Tan, Loh dan Chong Jumaat lepas," kata Wong.

Usul yang dicadangkan oleh penyokong Dr. Chua itu adalah:

* Bahawa anggota pada EGM itu tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Ong;

* Keputusan jawatankuasa presiden pada 26 Ogos lepas dalam menerima cadangan lembaga disiplin dan keputusan jawatankuasa pusat untuk memecat atau menggantung Dr Chua adalah terbatal;

* Dr. Chua dikembalikan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MCA;

* Bahawa pelantikan yang dibuat oleh jawatankuasa pusat, termasuk yang melibatkan Timbalan Presiden MCA, dibatalkan; dan

* Bahawa tiada tindakan disiplin dikenakan kepada manamana atau semua pihak yang mendesak oleh lembaga disiplin, jawatankuasa pusat atau majlis presiden.

Wong berkata presiden parti juga bersetuju untuk menggugurkan satu-satunya usul beliau iaitu untuk membentangkan undi percaya terhadap kepimpinannya (Ong) dan meluluskan keputusan majlis Presiden MCA berkenaan tindakan disiplin terhadap Dr. Chua.

Katanya EGM itu akan berjalan mengikut Artikel 30.1 dan Artikel 30.3 perlembagaan parti.

Demi kepentingan parti, mesyuarat itu bersetuju untuk tidak mengadakan perbahasan dan ucapan sewaktu EGM berkenaan dengan kedua-dua belah pihak juga bersetuju untuk masing-masing melantik seorang ketua pengawas dan lapan lagi pengawas EGM.

Beliau berkata mesyuarat itu juga bersetuju bahawa tiada sebarang pemilihan untuk pengerusi bagi EGM itu dan speaker sedia Datuk Yik Phooi Hong akan mengendalikan EGM itu manakala Hoo Seng Chang dan Datin Paduka Lee Pit Chern sebagai Timbalan Speaker.

"Telah dipersetujui bahawa saya akan menentukan tarikh EGM dan akan memaklumkan wakil kedua-dua pihak dan saya akan menghantar notis EGM pada 16 September (Rabu) berdasarkan artikel 30.1 dan 30.3 perlembagaan parti," katanya.

Tan, yang melahirkan ucapan terima kasih kepada Wong kerana mengadakan mesyuarat hari ini, berkata kedua-dua pihak gembira dengan perbincangan panjang lebar itu.

Masalah dalaman MCA bermula apabila Dr Chua dipecat daripada parti itu pada 26 Ogos lepas oleh lembaga disiplin parti berikutan skandal video seksnya pada 2007.

Pada 31 Ogos, Ong mengarahkan EGM diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan pemecatan Dr. Chua, projek Zon Bebas Pelabuhan Klang dan perkara-perkara lain. Dr Chua juga telah mengarahkan diadakan satu EGM.

Ong, ketika mengulas dalam blognya www.ongteekeat.net, berkata beliau tidak mahu terlalu memikirkan tentang aspek perundangan dan teknikal kerana sangat penting hanya satu EGM diadakan secepat mungkin supaya parti itu dapat bergerak ke hadapan.

"Sebagai presiden parti, satu tidak mahu melihat parti terus berpecah dan menjadi harapan saya bahawa anggota MCA bersatu kembali secepat mungkin dan meneruskan agenda pembaharuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya.

Ong berkata beliau percaya akhirnya, kematangan dan kebijaksaan delegasi MCA akan terbukti dan mereka akan meletakkan kepentingan MCA melebihi segalagalanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan