Laman web 1Malaysia rai ulang tahun pertama dengan wajah baru

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laman web 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan muncul dengan wajah baru, termasuk menyediakan kandungan dalam bahasa Tamil, sempena sambutan ulang tahun pertamanya pada Rabu ini.

Najib berkata ulang tahun pelancaran laman web itu cukup istimewa kerana ia dirai serentak dengan ulang tahun penubuhan Malaysia 43 tahun lepas.

"Minggu ini memperingati dua ulang tahun istimewa di Malaysia. Pada hari Rabu, 16 September, penubuhan Malaysia 43 tahun yang lalu dengan kemasukan Sabah dan Sarawak akan diingati sebagai Hari Malaysia," katanya dalam entri terbaru blog 1Malaysia hari ini.

Najib berkata sebagai memperingati ulang tahun kedua-dua peristiwa itu, laman web 1Malaysia akan melakukan sedikit perubahan bagi menjadikan laman web berkenaan menarik kepada orang ramai, dengan penampilan baru dan lebih baik.

Antara perubahannya ialah wajah laman web yang lebih segar dan terasa, pencarian yang lebih mudah kepada maklumat yang diperlukan pembaca serta kandungan turut dalam bahasa Tamil. Perdana Menteri juga berkata para pengunjung laman web berkenaan akan menyenangi pengubahsuaian yang akan dilakukan kelak.

Sejak pelancaran laman web itu setahun lepas, lebih daripada 70 entri blog telah dimuatkan, dan lebih daripada 6,000 komen dan emel telah diterima melalui laman web ini, kata Najib.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan pandangan masyarakat umum berkaitan dengan apa yang dimahukan dalam 1Malaysia.com.my.

"Sama ada ditambah lagi (atau dikurangkan) sementara saya terus berusaha mencari kaedah-kaedah untuk meningkatkan interaksi kita melalui laman web ini. Saya berharap akan dapat lebih berinteraksi dengan anda semua melalui laman web ini," katanya. Najib juga berkata beliau kini lebih yakin internet merupakan bidang penting dalam merapatkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat.

"Blog seperti ini mengalu-alukan input dan memastikan pegawai yang dilantik lebih bertanggungjawab. Kementerian, agensi kerajaan dan juga pemimpin masyarakat mesti memanfaat internet dengan sepenuhnya untuk berinteraksi dengan serta merta dan berkesan dengan rakyat yang mereka berkhidmat," katanya.

Oleh itu minggu-minggu yang mendatang menjadikan beliau begitu seronok sekali, katanya yang turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menunjukkan minat kepada laman web berkenaan hingga kini. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan