A(H1N1): Tiada kematian sejak Jumaat lepas

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada kematian dicatat sejak Jumaat lepas akibat jangkitan Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kematian kekal 74 orang sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata sejumlah 68 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) dimasukkan ke hospital telah direkodkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata daripada 881 kes ILI yang sedang dirawat di 99 hospital termasuk sembilan hospital swasta, sebanyak 162 pesakit atau 18.5 peratus terdiri daripada mereka positif H1N1.

"Daripada 162 kes yang disahkan H1N1, 37 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan dua merupakan kes baru dan 31 kes mempunyai faktor risiko iaitu 12 penyakit kronik, tiga penyakit respiratori kronik, tujuh obesiti, lapan kanak-kanak bawah lima tahun dan satu kes ibu hamil", katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan