1Malaysia F1 Team sertai kejohanan dunia

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia akan menyertai Kejohanan Dunia Formula Satu (F1) melalui pasukan negara, 1Malaysia F1 Team bermula tahun hadapan selepas Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menerima bidaan Malaysia untuk menyertai kejohanan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, 1Malaysia F1 Team merupakan usahasama antara sektor awam dan swasta yang menggabungkan pengalaman Proton dan Lotus Sportscar serta disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Najib berkata, kereta lumba 1Malaysia F1 Team akan menggunakan kepakaran Malaysia secara keseluruhan memandangkan ia akan direkacipta oleh rakyat Malaysia, dibuat dan diuji di SIC serta kumpulan yang mengendalikan pit stop juga terdiri daripada rakyat Malaysia.

"Kelebihan daripada usaha ini adalah ia merupakan pasukan Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya.

""Kita juga akan mengenalpasti pelumba Malaysia yang sesuai mengendalikan kereta 1Malaysia F1 Team.

"Saya percaya, ini merupakan satu perkembangan yang bermakna dan pasti akan dapat menaikkan imej Malaysia dalam perlumbaan F1 khususnya dan di persada antarabangsa amnya," kata beliau dalam satu sidang media khas di sini, hari ini.

Katanya, setakat ini, seramai enam pelumba tempatan dan antarabangsa telah disenarai pendek untuk dinilai dan nama dua pelumba yang terpilih akan diumumkan pada 31 Oktober ini.

Najib berkata, beliau yakin pasukan Malaysia mampu memberi saingan kepada pasukan Formula Satu yang lain namun ia pastinya mengambil masa.

"Saya yakin akan wujud persaingan. Tentunya kita tidak boleh jangka ia berlaku sekelip mata.

"Ia akan berkembang tetapi kita berharap, suatu hari nanti, lagu kebangsaan kita akan berkumandang," katanya.

Berhubung kos yang ditanggung sektor kerajaan dan swasta untuk melaksanakan 1Malaysia F1 Team, Najib berkata, ia terpulang kepada sektor swasta melalui Proton untuk menyatakan kos yang terlibat.

Bagaimanapun katanya, usaha ini bukan satu pembaziran memandangkan ia memberi pendedahan yang besar kepada negara dan jenama Proton serta Lotus.

"Maknanya kalau kita nak eksport Proton menggunakan enjin Lotus dan sebagainya, kita perlu menentukan jenama kita mantap supaya ia lebih dikenali dan diterima di peringkat antarabangsa.

"Terdapat elemen pemasaran yang kukuh di sebalik usaha ini, maknanya ia bukan dilihat sebagai kegiatan sukan semata-mata tetapi ada unsur pemasaran untuk Proton dan Malaysia pada keseluruhannya.

Selain itu katanya, rakan-rakan usahasama seperti Air Asia Berhad dan Kumpulan Naza akan turut mendapat faedah kerana jenama tersebut akan turut dipopularkan di peringkat antarabangsa.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan