Tindakan disiplin atas Subramaniam dipercayai awal Oktober

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam kemungkinan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin awal bulan depan kerana parti itu perlu melantik anggota baru jawatankuasa ekoran pemilihan parti kelmarin.

Secara teknikal Jawatankuasa Disiplin sudah dibubarkan apabila barisan kepimpinan baru menggantikan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang lama, kata Tan Sri G. Vadiveloo yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin sehingga semalam.

"Secara teknikal saya bukan lagi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin... jadi kita kena tunggu sehingga pelantikan anggota baru dan pembentukan Jawatankuasa Disiplin yang baru," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Lazimnya Jawatankuasa Disiplin terdiri daripada tiga hingga lima anggota dengan keanggotaan ditentukan oleh Presiden parti, kata Vadiveloo.

Beliau mempengerusikan Jawatankuasa Disiplin selaku anggota CWC yang dilantik untuk tempoh 2006-2009.

Presiden parti berhak melantik tujuh anggota CWC dan dijangka akan memanggil mesyuarat CWC dalam waktu terdekat.

Difahamkan Presiden parti akan membuat keputusan tentang tarikh mesyuarat CWC Rabu ini.

Setiausaha Agung MIC yang baru, S. Murugesan ketika dihubungi juga berkata, belum ada petanda mengenai tarikh mesyuarat pertama CWC.

"Jadi kami kena menunggu arahan seterusnya daripada Presiden dan CWC," kata Vadiveloo dan menambah, beliau belum lagi menerima apa-apa arahan setakat ini termasuk berhubung keputusan CWC minggu lalu.

"Jika saya dilantik semula, kami (anggota Jawatankuasa Disiplin) akan melakukan apa yang diminta oleh CWC," katanya.

Vadivello juga merupakan Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung MIC, yang mengadakan pertemuan kali ke-63 selama dua hari berakhir semalam.

Ketika ditemui semalam, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, pihaknya tetap akan mengambil tindakan disiplin ke atas Subramaniam yang tewas pemilihan jawatan itu buat kali kedua kelmarin.

Jika diambil tindakan disiplin yang dimaksudkan, beliau berhadapan dengan hukuman sama ada amaran, digantung ataupun dipecat dari parti.

Berdasarkan perkembangan terbaru, Subramaniam bakal berhadapan dengan tindakan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin kerana membawa kumpulan penyokong -dianggarkan 500 orang - yang disifatkan sebagai "samseng" oleh Samy bagi mencetuskan kekecohan ketika pemilihan semalam.

CWC yang dipengerusikan Samy Vellu Selasa lalu telah memutuskan untuk merujuk Subramaniam kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung laporan dakwaan penipuan undi pada pemilihan 1977.

Samy Vellu menewaskan Subramaniam dengan perbezaan 26 undi pada ketika itu.

Bekas Naib Presiden MIC, Datuk V. Govindaraj mendakwa, beliau telah membawa 30 undi ke bilik pengiraan undi, yang akhirnya membantu kemenangan Samy Vellu.

Subramaniam pula membuat kenyataan mengesahkan apa yang dinyatakan oleh Govindaraj dengan berkata "saya menyedari dakwaan tersebut."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan