PAS kenal pasti tiga calon untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS telah mengenal pasti tiga calon anak tempatan untuk diketengahkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata nama tiga calon tersebut diserahkan oleh PAS Negeri Sembilan pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam.

"PAS negeri (Negeri Sembilan) telah kemukakan nama tiga orang calon yang telah dikenalpasti berpengalaman dan diyakini boleh berkhidmat kepada rakyat. Semuanya adalah anak tempatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS di sini, semalam.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, daripada Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia pada 4 Sept lepas.

Beliau berkata PAS hanya menunggu pengumuman tarikh pilihan raya kecil tersebut daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum mengumumkan nama calon yang terpilih.

SPR dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian hari ini.

Mengenai peluang PAS, Abdul Hadi berkata peluang untuk PAS memenangi pilihan raya kecil tersebut adalah cerah berikutan momentum kemenangan yang semakin melonjak yang diperolehi parti itu sejak Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

"Pada pilihan raya umum lalu kita hanya kalah dengan kirakira 2,000 undi sahaja dan berdasarkan momentum kemenangan yang diperolehi menerusi beberapa pilihan raya kecil, peluang untuk menang adalah cerah," katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, calon PAS, Ramli Ismail memperolehi 4,097 manakala Azman memperolehi Azman 6,430 undi. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan