MCA bahagian Telok Kemang tubuh jawatankuasa bertindak

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: MCA Bahagian Telok Kemang sudah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi menggerakkan jentera pilihan raya parti itu dalam menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Naib Presiden MCA Datuk Seri Kong Cho Ha berkata MCA bahagian itu turut menubuhkan sebuah bilik gerakan yang akan dijadikan sebagai pusat koordinasi jentera pilihan raya parti.

"MCA akan bekerjasama dengan bilik gerakan Umno serta MIC, dalam menyelaras jentera pilihan raya antara parti komponen Barisan Nasional (BN). Kami akan susun semua aktiviti dan pastikan ia berjalan lancar," katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Ascot dan Kampung Cina Telok Kemang di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata MCA mempunyai lima cawangan di DUN Bagan Pinang dan daripada 13,664 pemilih berdaftar, 1,498 atau 10.96 peratus adalah pengundi Cina.

"Saya yakin BN akan dapat mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008," katanya.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 3 Oktober sementara tarikh pengundian, jika ada pertandingan, pada 11 Oktober.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari Barisan Nasional pada 4 September lepas akibat jangkitan dalam darah. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan