Lori tangki LPG meletup, dua parah

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Sebuah lori tangki LPG yang diletakkan di setor simpanan kenderaan itu di Kampung Kuala Lukut di sini meletup dan terbakar menyebabkan dua orang melecur teruk.

Kejadian pada kira-kira pukul 9.20 malam itu menyebabkan penduduk di kawasan berhampiran bertindak keluar dari kediaman masingmasing bagi menyelamatkan diri setelah mendengar letupan yang agak kuat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Port Dickson berkata kedua-dua mangsa melecur 80 peratus dan indentiti mereka belum dikenalpasti.

Mereka dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital itu, katanya.

Tiga jentera dengan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan Lukut mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan