AMFF beri penghormatan kepada Yasmin Ahmad

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Australian Malaysian Film Festival (AMFF) yang akan berlangsung selama empat hari di Australian Centre for the Moving Image, Federation Square, di sini mulai 4 Oktober ini akan memberi penghormatan dalam mengenang pembuat filem Malaysia terkemuka Yasmin Ahmad.

"Hasil karya Yasmin merentasi batas kebudayaan konvensyenal, dan kini dalam usia festival yang memasuki tahun ketiganya, hasil karya Yasmin akan dipaparkan di festival ini buat tontonan pelajar-pelajar Australia yang menuntut di bidang bahasa serantau, kebudayaan dan perhubungan awam," kata penganjur AMFF Kate Stephens.

Beliau berkata majlis perasmian festival itu akan menampilkan muzik serta tarian kebudayaan, di samping menyaksikan kehadiran tetamu-tetamu khas, dan tayangan filem pertama untuk festival itu, hasil karya Yasmin yang bertajuk 'Talentime'.

Menurutnya pemergian arwah Yasmin pada bulan Julai lepas itu amat dirasai oleh ramai kerana hasil karyanya dalam bentuk filem dan iklan amat disanjung kerana kehebatan ia dalam menyentuh perasaan, keikhlasannya, dan kelucuannya.

"Hasil karya Yasmin sentiasa diselitkan dengan mesej positif mengenai keharmonian kaum. Semasa ditanya mengenai tema filemnya, beliau akan berkata ia adalah mengenai kemanusiaan dan cinta, unsur paling penting dalam diri manusia," katanya.

Beliau berkata filem-filem serta iklan hasil karya Yasmin menerima banyak anugerah dan ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa yang berprestij seperti Berlin, Cannes dan Tokyo.

Dua filem terakhir Allahyarham yang bertajuk 'Talentime' dan 'Muallaf' akan ditayangkan pada majlis pembukaan dan penutup festival itu.

"Festival tahun ini akan menampilkan tayangan waktu siang pada hari Isnin, Selasa, dan Rabu, dengan menampilkan filem-filem yang dipilih khusus untuk penonton dari kalangan pelajar muda Australia," kata Farah Al Amin, penyelaras acara AMFF.

Farah berkata AMFF memilih empat filem yang memaparkan perkembangan pesat kepakaran teknikal industri filem Melayu, dan juga nilai hiburannya yang tinggi.

Antara lain-lain filem Melayu yang akan ditayangkan sepanjang festival itu nanti ialah filem 'Cicakman 2', 'Geng: Pengembaraan Bermula', 'Pensil' dan filem pendek 'My Telitori'.

Selain itu pameran fesyen dan rekaan batik juga akan ditampilkan bagi memeriahkan festival itu.

AMFF 2009 adalah sebahagian daripada acara sulung Minggu Malaysia. Orang ramai boleh melawat laman web www.malaysiaweek.com.au atau www.amff.com.au untuk keterangan lanjut. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan