Pemilihan MIC: Palanivel menang Timbalan; Dr. S. Subramaniam, M. Saravanan dan S.K. Devamany menang Naib Presiden

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERJAYA... Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu bersama pasukan kempimpinan MIC yang baru iaitu Datuk G. Palanivel yang berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden. Turut serta ialah tiga muka baru bagi jawatan Naib Presiden iaitu Datuk Dr. S. Subramaniam, Datuk M. Saravanan dan Datuk S.K. Devamany. --fotoTHE STAR
BERJAYA... Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu bersama pasukan kempimpinan MIC yang baru iaitu Datuk G. Palanivel yang berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden. Turut serta ialah tiga muka baru bagi jawatan Naib Presiden iaitu Datuk Dr. S. Subramaniam, Datuk M. Saravanan dan Datuk S.K. Devamany. --fotoTHE STAR

KUALA LUMPUR: Pasukan Barisan Presiden direstui Datuk Seri S. Samy Vellu menyapu bersih pemilihan MIC yang diadakan hari ini dengan Datuk G. Palanivel mengekalkan jawatannya buat penggal kedua berturut-turut.

Samy Vellu pula menyifatkan beliau telah berjaya perubahan dengan membawa "muka baru dalam barisan kepimpinan."

Bagaimanapun majoriti diperoleh Palanivel menurun hampir tiga ratus dalam saingan tiga penjuru kali ini.

Palanivel memperoleh 629 undi untuk menang dengan perbezaan 82 undi.

Jawatan Timbalan Presiden disaingi oleh Datuk S. Subramaniam yang menerima 547 undi dan Datuk S. Sothinathan pula 280 undi.

Palanivel, bekas Ahli Parlimen dan bekas timbalan menteri menewaskan Subramaniam, Timbalan Presiden sejak 1981, tiga tahun lalu.

Subramaniam memperoleh 540 undi manakala Sothinathan pula 250 undi.

Palanivel ketika mengulas kemenangannya berkata, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan Samy Vellu.

"Saya hargai sokongan Samy Vellu... tiada pergeseran dalam parti, kami bersatu dalam satu barisan," kata beliau yang berucap ringkas di sisi Samy Vellu dari pentas utama di Dewan Merdeka, PWTC.

Samy Vellu berkata, orang ramai mahukan perubahan, kini MIC mempunyai "barisan kepimpinan yang baru."

"Daripada 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat yang dipilih, seramai 18 adalah muka baru.

"Tiga Naib Presiden juga merupakan muka baru. Timbalan Presiden yang berjaya juga baru... baru penggal kedua, beliau masuk penggal kedua. Saya, Presiden berusia 73 tahun," kata Samy Vellu.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Datuk Dr. S. Subramaniam; Ketua Penerangan Datuk M. Saravanan dan Bendahari Agung Datuk S.K. Devamany pula memenangi jawatan Naib Presiden.

Ketiga-tiga Ahli Parlimen itu merupakan muka baru Naib Presiden.

Subramaniam menduduki tempat pertama dengan mendapat 1,260 undi; Devamany (1,122) dan Saravanan (1,030).

Tujuh calon yang turut bertanding kerusi Naib Presiden ialah Datuk C. Balakrishnan (471 undi), Datuk V.K.K. Teagrajan (215), P. Subramaniam (220) dan P. Mariyaayi (61).

Seramai 1,464 perwakilan mengundi kali ini.

Keputusan rasmi diumumkan pada pukul 8.40 malam oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk P. Vijayanathan - kira-kira empat jam dikira.

Persaingan kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang ditandingi 63 calon juga menyaksikan dikuasai barisan calon direstui Samy Vellu.

Hanya dua calon yang termasuk dalam 'barisan' memihak Subramaniam berjaya dipilih. Mereka ialah S.P. Manivasagam dan K.P. Samy.

ANGGOTA JAWATANKUASA KERJA PUSAT YANG TERPILIH:

KR Parthiban - 1,073

M Asojan - 1,066

V Mohan - 1,037

R Moorthy - 1,027

S. Murugesan - 982

Datuk M. Devandran - 970

A. Sakthivel - 963

Datuk Randhir Singh - 902

Datuk Jaspal Singh - 864

K.R.A. Naidu - 853

Datuk R. Ganesan - 830

S. Anandan - 799

M.M. Samy - 792

S.P. Manivasagam - 789

Datuk V.M. Panjamoorthy - 740

A. Ganesan - 710

Datuk P. Suppiah - 675

Datuk S. Ganesan - 667

K.P. Samy - 655

S.S. Rajagopal - 647

Senator M. Ravi - 629

P. Palaniyappan - 622

Mathumarimuhtu - 589

BERITA TERDAHULU

Keputusan tak rasmi: Pasukan Samy sapu bersih

KUALA LUMPUR: Pasukan Barisan Presiden direstui Datuk Seri S. Samy Vellu menyapu bersih pemilihan MIC yang diadakan hari ini dengan Datuk G. Palanivel mengekalkan jawatannya buat penggal kedua berturut-turut.

Bagaimanapun majoriti diperoleh Palanivel menurun hampir tiga ratus dalam saingan tiga penjuru kali ini.

Palanivel dikatakan memperoleh 625 undi untuk menang dengan perbezaan hampir 80 undi.

Jawatan Timbalan Presiden disaingi oleh Datuk S. Subramaniam dan Datuk S. Sothinathan.

Palanivel, bekas Ahli Parlimen dan bekas timbalan menteri menewaskan Subramaniam tiga tahun lalu.

Subramaniam memperoleh kira-kira 540 undi manakala Sothinathan pula hampir 250 undi.

Dalam pada itu, Datuk Dr. S. Subramaniam, Datuk M. Saravanan dan Datuk S.K. Devamany pula memenangi jawatan Naib Presiden.

Ketiga-tiga Ahli Parlimen itu merupakan muka baru Naib Presiden.

Tujuh calon yang turut bertanding kerusi Naib Presiden ialah Datuk C. Balakrishnan, Datuk V.K.K. Teagrajan, P. Subramaniam dan P. Mariyaayi.

Seramai 1,464 perwakilan mengundi kali ini.

Persaingan kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang ditandingi 63 calon juga menyaksikan dikuasai barisan calon direstui Samy Vellu.

Hanya dua calon yang termasuk dalam 'barisan' memihak Subramaniam berjaya dipilih.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan