Rakyat Malaysia pulang selepas episod malang di Varanasi

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Seorang rakyat Malaysia yang mengembara ke India untuk menjalani acara kerohaian tetapi ditahan di sebuah penjara selama hampir dua tahun, kerana melanggar undangundang imigresen, pulang ke tanah air hari ini.

Lim Soon Seng, yang dibebaskan pada 27 Ogos, berjaya mendapatkan sijil keluar daripada Pejabat Pendaftaran Serantau Asing (FRRO) di Delhi untuk meninggalkan India.

Bekas juru nilai dari Johor itu ditahan di bawah Seksyen 14 Akta Orang Asing selepas beliau gagal membaharui visanya bila tamat tempoh dan ditahan oleh polis di Varanasi kawasan ibadat popular penganut Hindu dan tempat yang sering dikunjungi orang asing.

Lim, dalam usia 50-an, mula-mula tiba di Varanasi pada 2001 dan terus tinggal untuk menjalani acara kerohanian dan mempelajari sistem rawatan Vedic.

Tetapi mulai Disember 2007 hingga Ogos tahun lepas, beliau terpaksa merengkok di salah sebuah penjara ketat India setelah beliau gagal mendapatkan bantuan luar untuk pembebasan dirinya.

Seorang diplomat Jerman yang melawat penjara itu secara kebetulan menemui Lim dan beliau kemudian memberitahu Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Delhi, yang membantu mempercepat pembebasan Lim.

"Ini satu tekanan berat ke atas diri dan keluarga saya. Sekarang saya bebas dan gembira untuk pulang dan menemui saudara perempuan saya," kata Lim kepada Bernama sebelum berlepas.

Lim menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAs) malam ini menuju Kuala Lumpur. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan