Ketua Polis Indonesia jamin keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan Jumaat berkata Ketua Polis Indonesia Jeneral Bambang Hendarso telah memberi jaminan kepadanya bahawa keselamatan rakyat Malaysia di negara itu terjamin.

Musa berkata rakan sejawatannya itu juga memberitahu beliau bahawa pihak berkuasa Indonesia telah menahan enam individu yang terlibat dalam kegiatan sweeping Malaysia itu.

"Beliau menghubungi saya melalui telefon Khamis," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya Ops Sikap ke-20 anjuran bersama Polis Diraja Malaysia dan Telekom Malaysia di Dataran Tanjung Emas di sini.

Turut hadir Naib Presiden Eksekutif Kumpulan TM Net Datuk Kairul Annuar Mohamed Zam Zam, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hussin Ismail dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Dalam kejadian itu, segelintir rakyat Indonesia yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) melakukan sweeping ke atas rakyat Malaysia dengan keluar ke jalan membawa buluh runcing dan memeriksa tanda pengenalan orang ramai yang melalui Jalan Diponegoro di Jakarta untuk mencari rakyat negara ini.

Musa turut melahirkan keyakinan bahawa rakyat Malaysia tidak akan bertindak balas terhadap kekecohan yang ditimbulkan oleh gerakan Sweeping Malaysia itu dan ketenteraman awam negara masih terjamin.

"Saya rasa rakyat negara ini masih rasional dan tidak akan terjerumus dalam perangkap ini. Kami akan memantau kegiatan rakyat Indonesia yang bekerja di negara ini supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan daripada sentimen itu," katanya.

Mengenai Ops Sikap ke-20 yang akan bermula Ahad ini, Musa berkata keutamaan akan diberi kepada perubahan sikap pengguna jalan raya dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Beliau berkata undang-undang dan penguatkuasaan tidak akan berkesan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya jika pengguna sendiri tidak mengubah tabiat buruk semasa memandu.

"Kadang-kadang saya rasa malu kerana rakyat Malaysia yang terkenal sifat sontan santun tiba-tiba berubah apabila memandu. Mereka saling berebut hendak berada di hadapan hingga menimbulkan kesesakan jalan raya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan