Kerajaan pertingkat sistem pengawasan Influenza A(H1N1)

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan meningkatkan pengawasan terhadap wabak Influenza A(H1N1) menjelang musim cuti perayaan Aidilfitri dan menghadapi kemungkinan gelombang kedua pandemik yang dijangka melanda dunia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian akan mengukuhkan lagi sistem pemantauan, rawatan dan terutamanya sistem komunikasi awam dalam usaha untuk mencegah penularan influenza meskipun kes jangkitan wabak itu menurun pada bulan ini.

Beliau berkata semua doktor dan jururawat di pusat kemudahan penjagaan kesihatan telah diarahkan bersedia untuk dipanggil bertugas pada tempoh itu.

"Jumlah jangkitan dan simptom penyakit seakanakan influenza (ILI) telah menurun pada bulan ini berbanding bulan lepas.

"Namun, kita akan meningkatkan sistem pemantauan sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua pandemik itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pandemik Influenza A(H1N1) Kebangsaan 2009 di sini hari ini.

Persidangan sehari itu dianjurkan bersama Persatuan Perubatan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Persekutuan Persatuan Pengamal-pengamal Perubatan Swasta Malaysia.

Liow melahirkan kebimbangan musim balik kampung yang akan menyaksikan pergerakan besar manusia akan menyebabkan peningkatan jumlah jangkitan wabak secara mendadak.

Beliau berkata kementerian akan mengedarkan maklumat dan nasihat kepada orang ramai bagaimana hendak menjaga kebersihan diri dan mengambil langkahlangkah sewajarnya bagi mencegah penularan H1N1.

"Saya yakin dengan sistem pengesanan dan rawatan kita. Tetapi saya menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati. Jangan sembunyikan kesakitan dan pastikan anda mendapatkan rawatan jika mengalami demam panas lebih daripada 48 jam," katanya.

Beliau berkata kumpulan pertama vaksin Influenza A(H1N1) akan dijadual tiba akhir bulan depan.

Mengenai perkembangan terkini pandemik itu, Menteri Kesihatan itu berkata sehingga hari ini 45 kes baru ILI dimasukkkan ke hospital untuk rawatan manakala sejumlah 116 pesakit didiscaj, menjadikan 983 pesakit sedang menerima rawatan di 103 hospital seluruh negara.

Beliau berkata daripada 983 kes, 215 disahkan positif A(H1N1).

Daripada 215 kes berkenaan, beliau berkata 42 mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripada mereka adalah dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.

Jumlah kematian kekal pada 74 orang.

Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Liow menjelaskan ujian calitan tekak akan dilakukan terhadap pesakit yang dimasukkan ke hospital.

"Bagi kes-kes yang mendapat rawatan sebagai pesakit luar, rawatan yang diberikan tidak memerlukan ujian pengesahan. Pemberian ubat anti viral adalah berdasarkan penilaian klinikal oleh doktor," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan