Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan kereta dan lori

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Tiga remaja maut dan dua lagi rakan mereka parah apabila kereta Proton Saga, yang mereka naiki melanggar sebuah lori yang cuba membelok ke kanan jalan di Simpang Tiga Hospital Jalan Persiaran Raya, di sini, hari ini.

Tiga yang maut dalam kejadian pukul 7.40 pagi ialah pemandu kereta, Md Nasarudin Ismail, 21, dari Perumahan Kampung Tanah Puteh, Mohd Shamin Mohd Saufi, 21, dari Kampung Sungai Serian dan Mohd Aliff Ghazali, 23, dari Rancangan Pemulihan Tanah Kesedar Sungai Terah, Gua Musang.

Tiga yang cedera parah ialah dua rakan mereka iaitu Zarkasi Nuzam, 21 dari Kuarters Klinik Kesihatan dan Raja Hismadie Raja Ibrahim, 22, dari bandar ini dan pemandu lori Yap Siau Wa, 57, yang berasal dari Negeri Sembilan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang DSP Aziz Hassan berkata dalam kejadian itu, kedua-dua lori dan kereta itu berada di laluan dua hala menuju ke arah yang sama.

"Lori berkenaan berada di laluan sebelah kiri dan kereta berkenaan berada di laluan laju iaitu di sebelah kanan. Apabila tiba dekat simpang, lori berkenaan tiba-tiba membelok ke kanan jalan untuk masuk ke Tapak Pasar Minggu tanpa menyedari kereta Proton Saga itu berada di laluan laju," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akibat tindakan mengejut itu, kereta berkenaan melanggar bahagian pintu sisi depan pemandu lori menyebabkan mangsa di dalam kenderaan itu tersepit akibat kenderaan remuk teruk.

Aziz berkata lima rakan itu dalam perjalanan menuju ke rumah Md Nasaruddin di Kampung Tanah Puteh.

"Tiga daripada mangsa tersepit di tempat duduk memaksa 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang bertungkus lumus mengeluarkan mayat tiga remaja itu, yang mati di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala," katanya.

Aziz berkata sepasukan 10 anggota bomba yang diketuai Pegawai Penjaga Balai Bomba, Che Rusli Che Sulaiman itu mengambil masa setengah jam mengeluarkan mayat mangsa, yang kemudiannya dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan