Pendatang tanpa izin Sabah mesti daftar sebelum Oktober

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendatang tanpa izin yang bekerja di Sabah diberi tempoh sehingga Oktober depan untuk mendaftar menerusi program pemutihan khas sebelum Ops Bersepadu bagi mengusir keluar pendatang tanpa izin dari negeri itu dilaksanakan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi menggalakkan mereka mendaftar, termasuk mengurangkan bayaran levi sehingga 50 peratus serta memanjangkan tempoh pendaftaran.

"Fasa pertama pemutihan ini telah kita jalankan sejak tahun lepas, ini merupakan fasa kedua dan fasa ketiga akan menyusul selepas ini.

"Hujung bulan ini merupakan peringatan terakhir kepada mereka sebelum tindakan seterusnya diambil," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan panas yang mencatatkan kes jenayah yang tinggi di Puchong di sini.

Beliau berkata kerajaan Malaysia tidak sampai ke tahap menghukum rakyat Indonesia dalam menangani isu pendatang haram, sebaliknya mengambil pendekatan lebih sistematik.

Hishammuddin berkata walaupun ada segelintir rakyat Indonesia di negara itu yang terlalu mengikut emosi dalam insiden yang berlaku, namun rakyat Indonesia di negara ini tetap dijaga keselamatan mereka.

Beliau menasihati rakyat negara ini supaya tidak terikut-ikut dengan emosi dan rentak segelintir rakyat Indonesia yang boleh mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.

Mengenai lawatan itu, Hishammuddin berkata ia bagi membolehkan beliau mengadakan pemeriksaan di lokasi yang dilihat oleh orang ramai sebagai kurang selamat dan sering dibayangi kes jenayah.

Beliau berkata lawatan itu juga bagi membolehkannya mendapatkan maklumat dan gambaran yang lebih tepat berhubung kadar jenayah di kawasan itu yang merupakan antara 50 kawasan yang mempunyai kadar jenayah tertinggi.

"Ini sejajar dengan matlamat mengurangkan kadar jenayah kepada 20 peratus yang merupakan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan