Najib: MT mahu sistem kuota dihapus, pengalaman antara kriteria

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (dua dari kanan) hadiri majlis buka puasa anjuran Umno di Dewan Merdeka, PWTC hari ini. Bersama beliau (dari kiri) Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; bekas Presiden Umno dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. foto The Star oleh MOHD SAHAR MISNI
PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (dua dari kanan) hadiri majlis buka puasa anjuran Umno di Dewan Merdeka, PWTC hari ini. Bersama beliau (dari kiri) Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; bekas Presiden Umno dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. foto The Star oleh MOHD SAHAR MISNI

KUALA LUMPUR: Mesyuarat tiga jam Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini pada dasarnya bersetuju dengan syor-syor pindaan perlembagaan parti itu - antara lain menjadikan pengalaman seseorang calon sebagai salah satu kriteria penting pemilihan.

Kriteria itu selaras dengan keputusan MT yang turut bersetuju agar sistem kuota pemilihan dihapuskan sama sekali, kata Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

"Sedikit sebayak pengalaman jadi asas kriteria. Soal-soal lain ada juga dibincangkan... lebih terperinci... satu mesyuarat Biro Politik akan diadakan untuk memuktamadkan cadangan pindaan... dan akan dibentangkan pada MT akan datang, sebelum EGM (bulan depan)," katanya.

Difahamkan biro itu dijadual bermesyuarat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Umno akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan Khas (EGM) pada 13 Oktober sehari sebelum Perhimpunan Agung Tahunan 2009.

Ketika bercakap kepada para wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat petang tadi, Najib berkata, pada prinsipnya MT setuju bahawa perubahan pada sistem pemilihan dalam Umno perlu dilakukan.

"... setuju bahawa perubahan ini perlu menjurus ke arah membanteras politik wang dan jadikan proses pemilihan lebih telus dan untuk menunjukkan bahawa Umno benar-benar inklusif melibatkan seberapa golongan yang ramai, juga asasnya mestilah lebih dilihat demokratik dalam pemilihan," katanya.

Bagaimanapun kata Najib, mesyuarat MT hari ini tidak membuat keputusan muktamad tentang saiz perwakilan yang bakal memilih jawatan-jawatan tertinggi parti.

Sebelum ini ada dilaporkan bahawa akan terdapat sehingga 650,000 perwakilan yang layak untuk memilih pucuk kepimpinan parti berbanding 2,500 sekarang.

Syor pindaan perlembagaan parti diutarakan oleh Najib Mac lalu. Sebuah jawatankuasa khas juga telah dibentuk untuk tujuan tersebut.

Jelas Najib, jumlah perwakilan perhimpunan agung tahunan masa depan pastinya jauh lebih besar daripada jumlah sekarang.

"... mungkin melibatkan ribuan perwakilan tambahan, dapat memberi hak dan diberi 'empowerment' untuk memilih jawatan-jawatan tertinggi dalam parti," katanya.

Mengulas lanjut, Najib memberitahu, MT yang bersetuju supaya sistem kuota dihapuskan tidak mahu adanya kriteria-kriteria yang mengkongkong calon yang bertanding.

"Mungkin ada kriteria tetapi mestilah tidak mengkongkong, sebaliknya lebih menjurus kepada kebebasan dan tentukan mereka tanding benar menghayati prinsip matlamat perjuangan parti," katanya.

Mengenai pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional memberitahu, isu itu ada dibincangkan.

Tetapi katanya, bukan tradisi bagi MT mengumumkan nama calon selepas mesyuaratnya.

Mengenai syor Naib Presiden MCA, Datuk Kong Cho Ha agar Umno campur tangan selesaikan masalah parti itu, Najib berkata, kebanyakan ahli MCA tidak mahu Umno mencampuri urusan parti itu.

Kong yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini berkata, Perdana Menteri cukup prihatin dengan isu yang melanda MCA dan beliau percaya nasihatnya boleh meredakan ketegangan dua pihak yang bertelagah.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan