Kempen bersepadu galakkan penunggang motosikal guna pengangkutan awam

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kempen Bersepadu musim perayaan tahun ini mempunyai tema baru iaitu "Patuhi Had Laju, Kelajuan Boleh Membunuh" yang bertujuan menggesa pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan had laju, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Kempen ini turut mengekalkan dua tema utama iaitu "Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat" dan "Penggunaan Pengangkutan Awam Mengurangkan Kemalangan" dengan harapan agar pengguna jalan raya sentiasa mengingati petua keselamatan jalan raya seperti jarak keselamatan dan kaedah memotong dengan selamat ketika berada di jalan raya.

"Bagi yang masih balik ke kampung menggunakan motosikal pada perayaan hari raya ini kerjasama mereka dipohon untuk pulang pada waktu siang dan bukan pada waktu malam ataupun menggunakan pengangkutan awam," kata Ong ketika melancarkan kempen bersepadu keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2009 di sini semalam.

Ong berkata risiko kemalangan ke atas penunggang dan pembonceng meningkat pada waktu malam kerana kehadiran mereka di jalan raya tidak disedari kenderaan besar lebih-lebih lagi jika mereka berpakaian warna gelap.

Pelaksanaan dan tumpuan khusus kempen yang diadakan sempena musim perayaan ini kerana bilangan kenderaan yang berada di jalan raya biasanya meningkat dua kali ganda iaitu hampir 1.3 juta hingga 1.4 juta kenderaan sehari berbanding kepadatan trafik daripada 700,000 hingga 800,000 kenderaan pada hari biasa.

Ong turut mengumumkan pelaksanaan Ops Sikap ke-20, selama 15 hari dari 13 hingga 27 Sept yang melibatkan operasi penguatkuasaan oleh Polis Diraja Malaysia.

"Larangan ke atas Kenderaan Barangan menggunakan jalan raya pada 18, 19 Sept dan 26, 27 Sept dan Pemantauan Operasi Bas Ekspres oleh Jabatan Pengangkutan Jalan di depoh dan 35 lokasi terminal bas," kata Ong.

Langkah-langkah intervensi lain merangkumi inisiatif seperti pengurangan had laju maksimum sebanyak 10km/j bagi Jalan Persekutuan dan Negeri semasa Ops Sikap dijalankan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh berkata berdasarkan statistik tahunan, purata 18 kes kematian sehari dicatatkan pada hari biasa berbanding purata kematian semasa Ops Sikap 1 hingga Ops Sikap 19 dapat dikawal kepada 15 kematian sehari.

"Ternyata hasil yang dicapai daripada kempen-kempen keselamatan jalan raya musim perayaan melalui program-program intervensi yang dilaksanakan membawa impak yang positif kerana purata kematian sehari dapat diturunkan walaupun kepadatan trafik naik sebanyak dua kali ganda semasa musim perayaan," kata Suret pada sidang media bersama Ong. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan