Jabatan Penjara akan wujudkan KPI beri manfaat kepada banduan

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan diperkenalkan di Jabatan Penjara Malaysia tidak lama lagi yang bukan hanya memberi penekanan kepada program pemulihan yang dilaksanakan malah kesan yang diperolehi daripada program tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, KPI yang akan diumumkan beliau itu nanti adalah untuk memastikan banduan-banduan tersebut boleh menyumbang kepada negara selepas mereka selesai menjalani hukuman kelak.

"Saya nak tekankan pemulihan. Keduanya, kemahiran supaya mereka yang berada dalam tahanan ini dapat membantu membina ketahanan dalaman mereka supaya menjadi rakyat yang berguna apabila keluar nanti.

"Pada masa yang sama, kita insaf bahawa tanggungjawab kita bukan hanya mencegah tetapi banyak lagi tanggungjawab lain yang dipikul.

"Kita akan teruskan usaha sambil memikirkan cara mereka menghabiskan masa dalam tahanan, usaha pemulihan yang memperbaiki diri dan menjadi rakyat yang berguna dapat dipelbagaikan," katanya selepas majlis 'Takbir Hari Raya Bersama Banduan dan Kakitangan Penjara Kajang' di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, selain banduan, KPI tersebut akan turut memberi keutamaan kepada infrastrukrur penjara dan kebajikan pegawai serta kakitangan.

Katanya, setakat ini, beliau telah mengumumkan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) di peringkat kementeriannya yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan lima KPI menteri yang dilaksanakan oleh beliau sendiri.

"Setiap agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan dan mengumumkan KPI masing-masing supaya mereka juga bertanggungjawab memastikan prestasi yang kita utamakan itu betul-betul bukan sahaja dari bentuk program tetapi hasil yang dapat dirasi oleh rakyat dan golongan sasar," katanya.

Berhubung cadangan untuk menyemak semula penempatan banduan dalam penjara, Hishammuddin berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengurangkan kesesakan dalam penjara namun ia bergantung kepada kemudahan infrastruktur dan pihak ketiga termasuk negara-negara jiran apabila melibatkan banduan rakyat asing.

"Sekarang ini, kalau kita tengok dalam perjalanan masuk tadi, kita bezakan blok (penempatan banduan) mengikut keseriusan jenayah dan kita asingkan blok untuk pengidap HIV.

"Cuma dari segi kekangan kemudahan bangunan fizikal dan usaha-usaha lain, kita kena fikirkan bagaimana dapat kurangkan kesesakan dalam penjara. Kita sedang laksanakan ini dan kadang-kadang ia melibatkan pihak ketiga dan negara-negara jiran," katanya.

Katanya, setakat ini, sebanyak 40 peratus banduan di penjara seluruh negara adalah rakyat asing.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan