Felda terlalu dekat dengan hati saya - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIK: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tujuan beliau untuk terus mengetuai hal ehwal Felda yang diasaskan oleh bapanya adalah kerana beliau mempunyai perancangan untuk membawa organisasi itu ke peringkat global.

"Dulu waktu jadi Menteri pun, saya pegang Felda dan kini dah jadi Perdana Menteri pun saya masih pegang (Felda) lagi.

"Percayalah masyarakat Felda dekat dengan hati saya macam ayah (Allahyarham Tun Abdul Razak) saya dulu juga dan masih ada agenda yang perlu saya selesaikan," katanya ketika berucap pada Majlis Rahmat Ramadan Warga Felda di Felda Teloi Timur, di sini semalam.

Pada majlis itu lebih 4,000 warga Felda dari Kedah dan Perlis menerima sumbangan duit raya bernilai kira-kira RM1.3 juta.

Seorang peneroka Mohd Yusof Ibrahim, 61, dari Felda Teloi Timur di sini berkata dia serta keluarga amat berterima kasih kerana menerima sumbangan berkenaan dan akan menggunakannya untuk perbelanjaan persiapan menyambut Hari Raya tidak lama lagi.

"Seronok la dapat duit ni, dapat ringan beban golongan macam kami ni untuk beli barang-barang keperluan raya," katanya.

Harun Ahmad, 60, juga dari Felda Teloi Timur di sini berkata sumbangan duit raya yang diterimanya menunjukkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional terhadap warga Felda yang kebanyakannya berpendapatan rendah. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan