Dua pegawai TUDM terbunuh bila pesawat ringan terhempas di Langkawi

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pesawat ringan yang terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tengah hari tadi, disahkan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang menjalani sesi latihan lencong.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, pesawat ringan PC7 MKII yang berpangkalan di Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar itu terhempas pada 12.20 tengah hari tadi, setelah berlepas dari KTU pada pukul 11.54 pagi.

Komander pesawat ialah Mejar Mohd Zulkifli Hasan, dibantu Mejar Mohd Roszaini Mohd Mustafa, kata TUDM.

Kedua-dua juruterbang disahkan meninggal di tempat kejadian dan waris mereka telah dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

Difahamkan jenazah mangsa telah diterbangkan dari Hospital Langkawi ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini, sebelum dituntut keluarga masing-masing.

Mohd Roszaini, 37, yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan meninggalkan seorang balu dan tiga anak, manakala Zulkifli, 38, berasal dari Taiping, Perak meninggalkan seorang balu serta lima anak.

Menurut kenyataan itu lagi, TUDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.BERNAMA

BERITA TERDAHULU

LANGKAWI: Seorang penduduk berkata beliau terdengar bunyi letupan kuat sebelum mendapati sebuah pesawat terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tengah hari tadi.

"Waktu itu saya tengah buat kerja di rumah saya yang terletak kira-kira 200 meter dari pagar lapangan terbang berkenaan. Saya ingat bunyi mercun, tetapi bunyinya kuat sangat. Apabila saya pergi lihat, saya nampak sebuah kapal terbang sudah terjatuh serta sedang terbakar.

"Kakitangan lapangan terbang sedang sibuk memadam api," katanya Zawawai Shaupi, 38, kepada Bernama.

Katanya beliau juga dapat melihat dua mayat mangsa pesawat terhempas itu diusung dan dibawa keluar dari kawasan lapangan terbang.

Dalam kejadian tersebut, dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia terbunuh apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas ketika cuba mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Mayat Mejar Mohd Rozaini Mohd Mustafa, 37, dan Mejar Mohd Zulkifli Hasan, 38, kemudiannya dibawa ke Hospital Langkawi. BERNAMA

BERITA TERDAHULU:

ALOR SETAR: Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia terbunuh apabila sebuah pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tengah hari tadi.

Mereka dikenali sebagai Mejar Mohd Rozaini Mohd Mustafa, 37, dan Mejar Mohd Zulkifli Hasan, 38.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putera di Langkawi, Yaakob Hassan berkata pesawat ringan itu dipercayai jenis Pilatus PC7 milik TUDM.

"Maklumat tidak rasmi yang saya tahu, pesawat itu dipercayai dari Alor Setar dan terhempas kirakira 90 meter dari landasan sebelum terbakar," katanya kepada Bernama.

Bomba, yang menerima panggilan pada pukul 12.32 tengah hari, menghantar 18 anggota ke tempat kejadian.

Yaakob berkata sebaik tiba di lokasi api telah padam.

"Mayat dikeluarkan dari kawasan lapangan terbang pada pukul 1.20 tengah hari dan dihantar ke Hospital Langkawi," katanya. BERNAMA

TERDAHULU:

ALOR SETAR: Dua maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putera, Langkawi Yaakob Hassan berkata pesawat ringan itu dipercayai jenis Pilatus PC7 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang dinaiki dua juruterbang pelatih.

"Maklumat tidak rasmi yang saya tahu, pesawat itu dipercayai dari Alor Setar dan terhempas kira-kira 90 meter dari landasan sebelum terbakar.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 12.32 tengah hari dan sebanyak 18 anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yaakob berkata sebaik tiba di lokasi kejadian api telah padam dan mayat keduadua mangsa dikeluarkan daripada kawalan lapangan terbang pada pukul 1.20 petang.

Katanya mayat mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Langkawi. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan