Dr Chua nafi bentuk parti baru

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden MCA yang dipecat Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini menafikan bahawa beliau dan penyokongnya sedang menubuhkan sebuah parti baru.

Beliau juga turut menyalahkan spekulasi itu kepada presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Saya hanya mahu menjadi seorang ahli biasa dalam MCA apabila saya bersara sepenuhnya nanti," kata Dr Chua yang dipecat kerana terbabit dalam skandal seks DVD lucah pada 26 Ogos lalu.

Laporan media telah mengaitkan bekas Menteri Kesihatan itu dengan pembentukan parti baru pelbagai kaum dikenali sebagai Parti Cinta Malaysia.

Dr Chua berkata beliau akan menyaman Ong jika masih ada dakwaan lagi dalam perkara itu.

"Saya ingin menafikan dengan tegas bahawa kami mempunyai hasrat membentuk sebarang parti baru. Saya ingin menyatakan ini adalah satu rekaan Datuk Seri Ong Tee Keat," kata Dr Chua pada sidang akhbar di sini.

"Kami tidak mempunyai rancangan seperti itu kerana yakin mesyuarat agung luas biasa (EGM) yang kami usahakan akan berjaya bukan kerana mereka menyokong Dr Chua atau menentang Ong tetapi kerana saya mempunyai kepercayaan terhadap kebijaksanaan perwakilan MCA pusat," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan merayu terhadap pemecatannya sebelum luput tempoh pada 16 Sept ini, Dr Chua berkata beliau masih mempunyai masa untuk mempertimbangkannya.

Beliau mendakwa setakat hari ini, beliau telah mengumpul sejumlah 1,200 tandatangan daripada perwakilan pusat bagi menyokongnya dan senarai itu akan didedahkan oleh Datuk Seri Tan Chai Ho, ketua penyelaras kempen mengumpul tandatangan untuk mengadakan EGM.

Ibu pejabat MCA dan penyokong Dr Chua masih belum mencari jalan untuk cadangan mengadakan EGM tunggal kerana kedua-dua pihak mendesak supaya mahu melihat cadangan agenda masing-masing terlebih dahulu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan