Bekas KSU Kementerian Pendidikan meninggal dunia

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Sheikh Hussin Sheikh Mohamed, 90, meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Jalan Ampang pagi tadi akibat kegagalan buah pinggang.

Anak sulungnya, Sheikh Farouk, 65, berkata bapanya dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu pada Sabtu lepas setelah dipindahkan dari Hospital Ampang.

Sheikh Hussin menjadi KSU Kementerian Pendidikan sekitar tahun 70an sebelum memegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak iaitu Sheikh Farouk, Sheikh Feisal, 62, Siti Fazariawati, 53, dan lima orang cucu serta dua orang cicit.

Isteri beliau, Fatimah Sheikh Ahmad telah meninggal dunia 33 tahun lepas.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas solat Jumaat. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan