SPRM fail permohonan semak keputusan koroner

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Keterangan T.Sivanesan, lelaki yang mendakwa didera pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya didengar dalam prosiding inkues awal pagi semalam, tertangguh tiga jam berikutan pertikaian antara peguam-peguam terlibat mengenai isu kehadiran saksi itu ke mahkamah.

Ekoran itu, SPRM hari ini memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi menyemak semula keputusan koroner yang membenarkan laporan polis oleh Sivanesan mengenai dakwaan itu dikemukakan dalam prosiding inkues dan keputusan membenarkan saksi itu memberi keterangannya di mahkamah bagi membantu siasatan punca kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Permohonan yang difailkan pada 12.30 tengah hari di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini itu, dibuat setelah koroner Azmel Muntapha Abas semalam memutuskan bahawa laporan polis bertarikh 11 September tahun lalu oleh saksi itu adalah relevan dalam prosiding inkues ini.

Kelmarin, peguam Gobind Singh Deo, bagi keluarga Teoh, memberitahu mahkamah beliau akan memanggil pengadu itu hari ini untuk memberi keterangan bagi membuktikan dakwaan kononnya pegawai SPRM menggunakan kekerasan termasuk menampar dan memukul saksi dengan besi ketika melakukan soal siasat di pejabat SPRM.

Bagaimanapun pada prosiding pagi tadi, Sivanesan hanya dapat memberikan keterangannya pada pukul 12.30 tengah hari ekoran perbalahan berlarutan antara peguam SPRM Datuk Abdul Razak Musa, Gobind dan peguam mewakili kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar.

Abdul Razak hari ini meminta koroner menyemak semula keputusannya semalam atas alasan bahawa laporan polis itu akan memberi implikasi yang boleh memprejudiskan siasatan polis dan SPRM dalam kes itu jika ia dikemukakan.

Hujahan Abdul Razak itu dibantah Gobind dan Malik yang mahu supaya keputusan mahkamah semalam dipatuhi, dan bukannya membangkitkan isu baru memandangkan kesemua pihak telahpun diberi peluang untuk menghujahkan perkara itu semalam.

Gobind: "Apa yang dilakukan oleh peguam (Abdul Razak) ini bukan sahaja membuang masa, malah ia merupakan penghinaan mahkamah. Koroner telahpun memutuskan isi kandungan laporan itu relevan dan menetapkan tiga skop yang perlu dipatuhi semua pihak dalam soal balas saksi (Sivanesan), oleh itu kita semua perlu menghormati dan menerima perintah mahkamah ini."

Malik: "Pihak-pihak telah berhujah panjang lebar semalam dan perkara ini telah diputuskan, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menghujahkan semula isu ini dan menukar keputusannya."

Abdul Razak: "Ini adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah dengan cuba membawa masuk dokumen yang meragukan dan mendengar keterangan seorang saksi yang tidak dirakam percakapannya oleh pihak polis."

Peguam itu juga mendakwa Gobind sengaja mendedahkan saksinya itu kepada umum dengan membenarkan beliau berada dalam mahkamah hari ini, dan bukannya di sebuah bilik khas untuk saksi, sebelum dipanggil memberi keterangan.

Gobind: "Beliau cakap apa ini? Saya bosan mendengar perkara mengarut daripada Abdul Razak. Saya hairan mahkamah boleh melayan benda mengarut ini. Apa salahnya saksi saya duduk di mahkamah ini? Saya tak boleh kemukakan laporan, saya tak boleh kemukakan saksi, apa semua ini?

Abdul Razak: "Jangan terlalu yakin. Saya akan sampai ke satu peringkat di mana saya akan bertanya kepada saksi itu nanti siapakah yang menyediakan laporan polis itu."

Gobind yang jelas berang dengan kenyataan itu bangun dan berkata dengan nada keras: "Berani anda kata yang saya sediakan laporan itu? Saya mahu anda tarik balik. Abdul Razak, tarik balik, sekarang."

Koroner kemudian segera menghentikan pertikaman lidah antara keduadua peguam itu daripada menjadi lebih tegang.

Setelah prosiding itu ditangguhkan setengah jam, koroner kemudian bersetuju untuk merujuk keputusan yang dibuatnya semalam kepada Mahkamah Tinggi.

Keputusan koroner itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Gobind dan Malik yang berpendapat permohonan untuk semakan dan rujukan perlu dikemukakan sendiri oleh Abdul Razak, dan bukannya melalui koroner.

"Datuk Abdul Razak tidak menunjukkan kepada kita semua apakah prejudis yang boleh berlaku jika keterangan saksi didengar dan laporan polis dikemukakan. Jika dia mahu menyemak juga, biarlah dia sendiri yang membuat permohonan ini dan bukannya mahkamah.

"Tuan telahpun membuat keputusan berhubung isu ini semalam, dan hanya kerana SPRM tidak berpuas hati dan membuat bising, Tuan mahu menukar keputusan dan perintah yang telah dibuat," kata Malik yang turut mengingatkan koroner supaya berhatihati sebelum membuat sebarang keputusan.

Gobind, yang turut berhujah panjang lebar juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan koroner dan berkata:

"Tuan harus menjaga maruah mahkamahini dengan memberitahu beliau (Abdul Razak) bahawa dia tidak boleh berbuat demikian (berhujah bahawa laporan berkenaan meragukan dan tidak relevan.)"

Setelah hujahan kesemua pihak didengar, koroner kemudian memutuskan untuk membenarkan Sivanesan dipanggil memberi keterangan dan membenarkan laporan polis saksi itu dikemukakan dalam prosiding tersebut.

"Mengenai isu sama ada ia (laporan polis) itu relevan atau tidak, saya serahkan kepada pihak SPRM untuk mengambil tindakan selanjutnya," kata Azmil Muntapha.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah itu ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan