Samy terus serang Subra: Dakwa guna pengaruh Tun Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Serangan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu terhadap Datuk S. Subramaniam berterusan hari ini dengan menyifatkan bekas timbalannya itu menggunakan taktik murahan sehingga terdesak untuk memperoleh sokongan luaran bagi memenangi pemilihan jawatan nombor dua parti, Sabtu ini.

Samy Vellu berkata, Subramaniam telah memalukan MIC kerana terpaksa bergantung pada sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat kenyataan seolah-olah menyokong usaha calon Timbalan Presiden itu.

Subramaniam bersaing dengan calon direstui Samy Vellu, Datuk G. Palanivel dan Naib Presiden Datuk S. Sothinathan untuk mendapatkan semula kerusi itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Samy Vellu mendakwa Subramaniam seolah-olah terdesak sehingga sanggup mengheret Dr. Mahathir mencampuri urusan pemilihan kali ini.

Sehubungan itu, Samy Vellu menyifatkan tindakan Subramaniam itu menunjukkan beliau sudah kehilangan sokongan dalam MIC dan terpaksa bergantung pada sokongan pihak luar.

Katanya, beliau sedih dan amat marah dengan tindakan Subramaniam itu khususnya ketika parti sedang melalui satu pemilihan yang sangat penting.

Malah, Dr. Mahathir pernah mengatakan Barisan Nasional (BN) tidak boleh mencampuri urusan dalaman parti komponen dengan merujuk isu MCA baru-baru ini.

"Bagaimana beliau boleh mencampuri urusan MIC," kata beliau merujuk kepada laporan akhbar harian bahasa Tamil, Makkal Osai, yang menyiarkan laporan muka depannya hari ini.

Laporan itu yang memetik temu bual dengan Dr. Mahathir berkata, perwakilan harus mengetepikan pengaruh Samy Vellu dengan memilih pemimpin terbaik bagi MIC.

Akhbar itu adalah milik Subramaniam.

Katanya, MIC menjalankan pemilihan menerusi proses demokrasi bagi membolehkan perwakilannya memilih pemimpin mereka, bukannya ia berhadapan dengan masalah sehingga memerlukan sokongan pihak luar.

Tambah Samy Vellu, Subramaniam dan kroninya kini menggunakan Dr. Mahathir, bekas Pengerusi BN untuk kepentingan diri mereka.

"Saya menyeru ahli-ahli MIC mengecam tindakan Subramaniam dan penyokong-penyokongnya yang pergi mendapatkan sokongan pihak luar untuk mencampuri urusan parti kita," katanya lagi.

Kenyataan serupa turut dikeluarkan oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan yang terkejut dengan kenyataan Dr. Mahathir.

“MIC sepanjang masa telah menunjukkan penghormatan tinggi ke atas beliau selaku negarawan walaupun beliau telah menggagalkan masyarakat India ketika menjadi Perdana Menteri," katanya.

Mohan memberitahu, ahli-ahli MIC tahu bahawa Dr. Mahathir biasanya memuji kepimpinan Samy Vellu setiap membuka perhimpunan tahunan parti itu.

"Dr. Mahathir harus menjauhkan diri daripada politik dalaman MIC dan biarkan anggota MIC memutuskan pemimpin pilihan mereka menerusi proses demokratik," katanya.

sekumpulan 21 ketua MIC bahagian dari Selangor juga telah mengadakan sidang media untuk mengkritik kenyataan Dr. Mahathir, petang tadi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan