PKFZ: Polis rekod keterangan Tiong

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis hari ini merekodkan keterangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Dimensi Sdn Bhd, Datuk Seri Tiong King Sing di Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman di sini.

Tiong tiba di jabatan tersebut pada pukul 10 pagi dan keluar pada pukul 2 petang.

Pengarah Jenayah Komersial, Datuk Koh Hong Sun mengesahkan kehadiran Tiong namun enggan mengulas lanjut.

Semalam, polis dikatakan telah meminta Tiong memberikan keterangan berhubung isu Zon Bekas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Kuala Dimensi adalah pemaju utama projek kontroversi itu.

Polis juga telah menghubungi dan merekodkan keterangan bekas pengurus kanan Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datin Paduka O.C. Phang.

Hal itu berikutan laporan polis yang dibuat oleh Pengerusi PKA, Datuk Lee Hwa Beng yang mendakwa berlaku penipuan munasabah termasuk mengenakan caj berlebihan dan tuntutan-tuntutan tidak berasas sehingga mencecah ratusan juta ringgit oleh Kuala Dimensi.

Jumlah akhir yang dipertikaikan mungkin bolen mencecah sehingga RM1.5 bilion.

Polis telah mengarahkan bank membekukan akaun Kuala Dimensi berjumlah kira-kira RM140 juta sementara siasatan dijalankan.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat membuat laporan polis kerana Tiong dikatakan telah membuat laporan polis yang salah terhadap beliau.

"Untuk membersihkan nama dan mempertahankan integriti saya, hari ini (semalam) saya membuat laporan polis terhadap Tiong.

"Beliau membuat laporan polis terhadap saya kerana berbohong dan mendakwa memberikan saya RM10 juta untuk menampung perbelanjaan aktiviti MCA pada 26 Ogos," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan