Penuntut Malaysia di Indonesia dinasihat berwaspada

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Penuntut-penuntut Malaysia di Indonesia dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengelak daripada keadaan provokasi berikutan sentimen anti Malaysia yang sedang berlaku di negara itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Jabatan Penuntut Malaysia sentiasa berhubung erat dengan kedutaan Malaysia di Indonesia bagi memastikan perkembangan negatif tersebut tidak memberi ancaman kepada kira-kira 5,000 penuntut di negara itu.

"Saya percaya pihak kedutaan menghubungi pihak kerajaan Indonesia untuk menuntut jaminan terhadap keselamatan pelajar kita dan kita juga mewujudkan hubungan yang rapat dengan pelajar kita.

"Nasihat dan panduan telah pun diberikan kepada pelajar dan kita berharap agar mereka dapat menjaga keselamatan diri.

"Mereka perlu elak daripada terlibat dalam sesuatu yang boleh mendatangkan masalah dan jangan bergerak secara yang boleh mendatangkan provokasi termasuk tidak ke Jalan Diponegoro, Jakarta," katanya selepas pelancaran program Mesej Peribadi daripada Perdana Menteri sempena perayaan Aidilfitri 2009 di sini, hari ini.

Selasa lalu, sekumpulan 50 anggota Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) bersenjatakan buluh runcing membuat sekatan di Jalan Diponegoro untuk mengancam rakyat Malaysia kerana tidak berpuas hati berhubung isu tarian Pendet.

Malaysia sebelum ini dituduh mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali sebagai tarian Malaysia dalam satu program promosi Malaysia yang disiarkan di saluran Discovery Channel.

Saluran itu bagaimanapun telah mengaku ia merupakan satu kesilapan di pihak mereka dan bukannya kesalahan kerajaan Malaysia.

Sementara itu, berhubung isu seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang membuat laporan polis ekoran dipecat kerana didakwa enggan memberikan 'markah kasihan', Mohamed Khaled berkata, perkara itu telah disiasat dan keputusan yang dibuat adalah berlandaskan prinsip keadilan.

"Bagi saya, saya berpuas hati kerana pihak universiti telah menjalankan itu semua (siasatan). Soal apa keputusannya, itu berdasarkan siasatan.

"Sudah tentunya ia adalah sebahagian daripada autonomi universiti dan bukan tanggungjawab seorang menteri untuk mempersoalkan perkara itu.

"Di kementerian, kita puas hati. Kalau beliau mahu serah kepada polis, itu hak beliau," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan