Hukuman sebat ke atas Kartika selepas Raya, JAIP

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersedia meneruskan hukuman sebat ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengarah JAIP, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman berkata pelaksanaan hukuman itu bagaimanapun bergantung kepada semakan Panel Rayuan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang dijangka selesai selepas hari raya ini.

Beliau berkata keputusan semakan itu akan diumumkan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman.

Pada 20 Julai lepas, Kartika Sari Dewi dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating, 11 Julai 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Bagaimanapun pada 24 Ogos lepas hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan dan keputusan itu dikecam pelbagai pihak.

"Masyarakat tidak memahami antara sebat syarie iaitu lebih kepada mendidik dan sebat sivil yang selalu dihukum ke atas pesalah yang amat menyakitkan dan bagi kes Kartika, dia dihukum dengan hukuman sebat syarie," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bengkel Rasm Uthmani dan buku Menuju Gerbang Akhirat di sini, hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan