Umno Telok Kemang mahu Isa Samad

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno Bahagian Telok Kemang mahu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dipilih sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Ketua Pemuda Umno bahagian itu, Mohd Faizal Ramli berkata pemilihan Isa sebagai calon adalah menepati kehendak pengundi DUN berkenaan.

"Rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau," katanya yang dipetik dari laman blog umnobaganpinang.blogspot.com.

Mohd Faizal menegaskan pilihan raya kacil yang bakal di adakan nanti tidak boleh diambil mudah memandangkan Barisan Nasional (BN) tewas di tujuh pilihan raya kecil sebelum ini.

"Ini bukan pilihanraya main-main, ia adalah satu pilihan raya yang kritikal," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah jentera pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang berkata secara umumnya pemimpin Umno bahagian itu juga ingin melihat Isa bertanding di DUN Berkenaan.

Tambah beliau Umno dan BN perlu berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan DUN Telok Kemang kekal sebagai kubu kuat BN.

"Ini adalah kubu kuat BN yang perlu dipertahankan, malah majoriti perlu ditambah agar Umno dan BN masih relevan dan masih diterima oleh rakyat.

"Saya sokong Tan Sri Isa, fokus kepadanya supaya jentera kita dapat bergerak lebih awal, faktor calon penting iaitu yang diterima oleh rakyat dan parti," katanya.

Kerusi DUN itu kosong selepas Azman yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), di sini, jam 2.30 petang, Jumaat lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan selepas memperoleh 6,430 undi, menewaskan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR). Satu lagi kerusi iaitu DUN Linggi dimenangi BN.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan