Perpaduan Ummah: Nik Aziz tak boleh tutup pintu begitu saja

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan berkata, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak boleh menutup pintu rundingan mengenai kepentingan umat Islam dan rakyat di negara ini begitu sahaja.

Katanya, satu pandangan tidak semestinya mencerminkan pendirian keseluruhan parti itu.

Sebaliknya beliau melihat kenyataan Nik Aziz itu bersifat peribadi dan tidak semestinya dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin lain dalam PAS.

"Nik Aziz bukanlah keseluruhan dalam PAS, bukan hanya beliau seorang dalam PAS.

"Ada ramai lagi pemimpin lain dalam PAS yang saya percaya mahu mengadakan rundingan demi kepentingan bersama bukan hanya untuk orang Melayu tapi keseluruhan rakyat di negara ini," katanya kepada mStar Online hari ini.

Malah Ahmad berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian peribadi Nik Aziz itu kerana beliau yakin melalui rundingan dan perbincangan lah banyak penyelesaian dan isu berkaitan umat Islam dan ummah di negara ini akan dapat diselesaikan.

"Saya sebenarnya tidak setuju dengan pendirian beliau itu, bagi saya tak ada salahnya kalau kita nak berbincang, sebab dengan berbincanglah kita dapat capai satu kata sepakat.

"Beliau tidak boleh tutup pintu begitu sahaja," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menegaskan pintu rundingan antara PAS-Umno sudah lama tertutup.

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu berkata, pihaknya hanya bersedia mengadakan rundingan jika ia berkaitan dengan isu pemberian royalti minyak kepada kerajaan PAS Kelantan.

Bagaimanapun menurut Ahmad, isu pemberian royalti minyak tidak harus dibangkitkan dalam soal rundingan seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun RAzak sebelum ini.

"Isu royalti minyak melibatkan banyak pihak dan perlu dikaji dengan mendalam... soal itu pasti akan diberikan perhatian oleh Perdana Menteri," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan