Lebih 99 peratus kes disahkan H1N1 sembuh

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Di sebalik kebimbangan orang ramai terhadap bahaya pandemik influenza A(H1N1), kira-kira 99.2 peratus daripada 9,257 kes yang disahkan positif H1N1 di negara ini berjaya sembuh dengan kes kematian yang direkodkan semakin menurun.

Pengarah Kawalan Penyakit Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata perkara itu menggambarkan bahawa mangsa jangkitan boleh sembuh jika mendapatkan rawatan awal.

"Majoriti pesakit yang disahkan positif H1N1 di negara ini telah sembuh setelah mendapatkan rawatan. Oleh sebab itulah jangan ambil mudah terhadap gejala H1N1 biarpun hanya batuk sikit-sikit," katanya kepada pemberita selepas taklimat media mengenai influenza A(H1N1) di sini semalam.

Katanya bilangan orang ramai yang berkunjung ke hospital kerajaan untuk mendapatkan pengesahan H1N1 juga kini semakin berkurangan berbanding sebelum ini.

Sehingga semalam, angka kematian kekal 73 dengan tiada kematian baru hari kelima berturut-turut.

Sehingga 31 Ogos lepas, Johor mencatatkan kematian paling tinggi iaitu 13 kes daripada 855 kes positif H1N1.

Selangor pula dilaporkan paling banyak kes iaitu 1,868 dengan lapan kematian.

"Orang ramai perlu tahu bahawa bilangan kematian yang tinggi di sesebuah negeri itu bagaimanapun tidak menggambarkan kawasan berkenaan terdedah kepada ancaman jangkitan yang serius," kata Dr Hassan.

Beliau berkata bilangan kes kematian di sesebuah negeri bergantung pada kepadatan populasi penduduk negeri berkenaan.

Dr Hassan berkata kumpulan umur 15 hingga 29 tahun merekodkan kematian tertinggi dengan 19 kematian diikuti kumpulan umur 30 hingga 44 tahun dan 45 hingga 59 tahun masing-masing mencatatkan 12 kematian.

Sementara itu, Pakar Perunding Kanan (Penyakit Berjangkit) Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh Dr Christopher Lee berkata bukan semua pesakit yang disyaki dijangkiti H1N1 perlu mendapatkan rawatan daripada doktor.

Malah, katanya bagi kebanyakan orang, simptom penyakit itu kelihatan lemah dan terbatas.

"Sekumpulan kecil pesakit yang dijangkiti H1N1 menghidap penyakit teruk dengan komplikasi, dan ramai tapi bukan semua, yang mempunyai faktor risiko tersembunyi yang berkemungkinan menyumbang kepada keadaan yang tenat," katanya.

Dr Lee berkata sebahagian besar kes H1N1 di Hospital Sungai Buloh berasal dari kawasan pedalaman yang didiami oleh penduduk yang sudah berumur dan kurang pendidikan.

Beliau berkata kerajaan perlu memikir cara untuk mendekati golongan ini yang tidak membaca akhbar atau menggunakan Internet. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan