Lebih 300 anggota MCA Selangor dan Wilayah Persekutuan hadiri taklimat Ong

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 300 anggota MCA Selangor dan Wilayah Persekutuan menghadiri majlis mesyuarat tertutup untuk mendengar penjelasan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berhubung pemecatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden parti di ibupejabat MCA di sini semalam.

Ia merupakan salah satu daripada siri lawatan ke seluruh negara oleh Ong bagi menjelaskan kepada anggota mengenai pemecatan itu, dengan pertemuan tertutup sebelum ini diadakan dengan MCA Johor dan Perak sejak dua hari lalu.

Mesyuarat dua jam setengah itu bermula dari pukul 8 malam, dan antara yang hadir ialah Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong, dan setiausaha agung MCA Datuk Wong Foon Meng.

Ong yang ditemui wartawan selepas mesyuarat itu enggan memberi sebarang kenyataan atau menjawab sebarang soalan.

Bahagian MCA Subang dilihat membawa sepanduk besar bagi menunjukkan sokongan kepada Ong.

Wong ketika ditemui selepas mesyuarat itu berkata presiden parti memberi taklimat kepada parti mengenai keadaan semasa dalam parti, dan ketika ditanya perkembangan mengenai mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti, Wong berkata tarikhnya belum diputuskan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan