Kerajaan Indonesia akan pastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Indonesia akan memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara itu terjamin berikutan terdapat sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing yang mahu mengusir rakyat Malaysia.

Beliau berkata perkara itu telah disampaikan oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia Tan Sri Da'i Bachtiar kepada beliau dalam pertemuan mereka tengah hari ini.

"Saya dah sampaikan kepada Pak Try Sutrisno (Pengerusi Kumpulan Tokoh Terkemuka Indonesia Tan Sri Try Sutrisno) kebimbangan Malaysia terhadap keselamatan rakyatnya dan beliau janji untuk sampaikan kepada pemerintah Indonesia.

"Duta Besar Indonesia dalam pertemuan tengah hari tadi telah memberitahu bahawa mereka sedang mengambil tindakan untuk memastikan tidak ada apaapa berlaku kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri di kediaman rasminya di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaankenderaan yang melalui Jalan Diponegoro di Jakarta, Indonesia dalam gerakan yang dipanggil "Sweeping Malaysia" (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.

Kumpulan terbabit tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet sebelum ini.

Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan