Jln Diponegoro dipilih tempat aksi demo anti-Malaysia kerana ia hampir dengan Kedutaan Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jalan Diponegoro di Jakarta menjadi pusat tumpuan penunjuk perasaan anti-Malaysia kerana ia terletak hanya tujuh atau lapan kilometer sahaja daripada pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Menurut Pengarah MSD Jakarta, Dr Junaidy Abu Bakar, Jalan Diponegoro terletak dalam kawasan Menteng yang boleh dianggap sebagai kawasan perumahan elit di Jakarta Pusat.

“Tempat di mana kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai kumpulan Banteng Demokrasi Rakyat berkumpul dan mengadakan demo adalah berhadapan dengan pejabat Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) yang diketuai oleh Megawati Sukarnoputri,” katanya ketika dihubungi di Jogjakarta petang Rabu.

Beliau berada di Jogjakarta untuk bertemu dengan para pelajar Malaysia ekoran tercetusnya insiden sentimen anti-Malaysia di negara tersebut sejak akhir-akhir ini.

Di Jogjakarta, kediaman seorang pelajar perubatan Malaysia telah dibaling dengan batu dan ekoran kejadian itu satu pertemuan di antara MSD dan juga pihak pentadbir Universiti Jogjakarta telah diadakan tadi.

Insiden itu juga telah dilaporkan kepada pihak polis Jogjakarta.

Ditanya dengan lebih lanjut mengenai tindakan kumpulan Banteng mengadakan perhimpunan di Jalan Diponegoro, Dr Junaidy berkata, beberapa hari lalu memang terdapat satu khemah di hadapan pejabat PDI-P yang mengrekrut sukarelawan untuk menganyang (memusnahkan) Malaysia.

Dan berhubung dengan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia, Dr Junaidy berkata, ia kini telah menjadi satu pemandangan biasa kerana setiap hari di antara 15 hingga 50 orang akan berkumpul dan menunjuk perasaan di situ.

Bagaimanapun katanya, ia tidak menjejaskan kakitangan kedutaan daripada keluar masuk dan menjalankan tugas harian mereka seperti biasa.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan