DUTA INDONESIA DIPANGGIL MENGADAP; BILIK GERAKAN DITUBUH UNTUK PEMANTAUAN

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Anifah Aman hari ini memanggil Duta Besar Indonesia ke Malaysia Tan Sri Jen (B) Da’i Bachtiar ke Wisma Putra untuk menyatakan pendirian Malaysia mengenai konflik yang telah mengakibatkan kepincangan dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang Rabu, Anifah berkata kerajaan Malaysia melahirkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak di republik itu yang sengaja mencetuskan perselisihan di antara rakyat Malaysia dan Indonesia.

Beliau berkata, tuduhan daripada beberapa media Indonesia serta tindakan berkaitan seperti operasi mencari dan menghalau orang Malaysia dari Indonesia, membakar bendera Malaysia serta demonstrasi di hadapan pejabat perwakilan Malaysia di Indonesia telah membangkitkan kontroversi serta tanggapan negatif rakyat kedua-dua negara dan ini mungkin akan merenggangkan hubungan dua hala yang sekian lama terjalin.

“Kementerian Luar telah meminta kerajaan Indonesia mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia dapat dipelihara dan memastikan tindakan agresif beberapa pihak pelampau di Indonesia dapat dibendung dengan segera,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Bachtiar telah menghubungi menteri luar Indonesia serta ketua polis Indonesia dan pihak berkuasa negara itu memaklumkan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia.

Setakat ini, kata Anifah, tiada laporan mengenai kecederaan atau kematian rakyat Malaysia di Indonesia ekoran konflik itu dan menambah pihak kementerian serta Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan terus mengawasi serta memantau situasi di Indonesia.

Beliau juga berkata, pihak kementerian serta Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah menubuhkan bilik operasi bagi membolehkan orang-ramai terutama rakyat Malaysia di Indonesia melaporkan sebarang kejadian yang boleh dianggap menjejaskan keselamatan mereka ekoran situasi itu.

Bilik operasi Wisma Putra di Putrajaya boleh dihubungi menerusi talian 03-88892746 atau 03-8887 4750 dan bilik operasi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta boleh dihubungi menerusi talian +62215224947 atau +62215224971.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan tentang keselamatan rakyat Indonesia di Malaysia berikutan konflik yang sedang berlaku.

“Walau apa jua keadaan dan provokasi yang sedang berlaku di Indonesia, saya selaku Menteri Dalam Negeri memberi jaminan bahawa keselamatan rakyat Indonesia yang berada di Malaysia adalah terjamin,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan