A(H1N1): Kes mula berkurangan, kata Liow

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jumlah kes Influenza H1N1 di negara ini semakin berkurangan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan hari ini.

Namun begitu, kerajaan akan terus berwaspada dan orang ramai juga harus berhatihati, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"saya laporkan kepada Jemaah Menteri bahawa bilangan jangkitan H1N1 adalah menurun, kes kes ILI (penyakit serupa influenza) yang terdapat di hospital juga tunjukkan penurunan, contohnya di Kuantan, kalau biasanya, dalam 700 hingga 800 kes dilaporkan sehari, sekarang turun ke 240 hingga 250.

"Bilangan di semua hospital juga sama, menurun. Tetapi ini tidak menggambarkan bahawa kita boleh ambil ringan dengan masalah sekarang, kena terus ambil langkah jaga-jaga.

"Kita kena teruskan kempen kesedaran kita. Terutama sekali, Hari Raya nak sampai, kita semua balik kampung. Ambil langkah jagajaga, kebersihan rumah dan kebersihan diri," katanya.

Liow berkata bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpuas hati dengan sistem pemantauan penyakit itu di Malaysia.

"Laporan (WHO) menyatakan bahawa kadar kematian kita adalah biasa, bersamaan juga dengan negara-negara lain berhubung dengan H1N1, dan mereka telahpun menyatakan bahawa sistem surveilance Kementerian Kesihatan adalah sensitif, peka dan mampu mencari dan mendapat pesakit-pesakit H1N1 dengan cepat," katanya.

Liow juga melahirkan rasa puas hati dengan kerjasama hospital swasta dalam membendung penyakit itu.

"Pada masa ini, tak ada masalah ubat antiviral, semua klinik boleh dapat ubat antiviral, semua ada.

"Kami juga berusaha memastikan bahawa klinik dan hospital swasta sentiasa mendapat maklumat terkini dan bantu kerajaan bendung H1N1," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan