Rumah wartawan hiburan disimbah cat merah

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rumah dan kereta wartawan hiburan Berita Harian Zubir Mohd Yunus disimbah cat merah awal pagi semalam dipercayai mempunyai kaitan dengan penulisan sensasi beliau.

Insiden itu dipercayai berlaku kira-kira 2 pagi ketika Zubir, 38, berada di tingkat atas rumahnya di Jalan AU2 A/23, Keramat di sini.

Katanya ketika kejadian, beliau dan isteri yang masih belum tidur, tiba-tiba terdengar bunyi geseran pada pintu depan dan menyangka ia hanya seekor kucing yang melalui kawasan itu.

"Isteri saya suruh keluar dan halau kucing itu tetapi apabila pintu dibuka saya terkejut mendapati kereta telah disimbah cat merah dan terus menghubungi polis," katanya kepada pemberita di rumahnya, di sini semalam.

Ditanya mengenai sama ada beliau mempunyai sebarang hutang atau musuh, Zubir berkata beliau tidak ada membuat sebarang pinjaman 'Ah Long' malah pinjaman perumahan dan keretanya juga sudah habis dibayar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang ACP Abd Jalil Hasan berkata polis tidak menolak kemungkinan terdapat pihak tertentu yang tidak menyenangi tugas Zubir sebagai wartawan yang sering menulis artikel sensasi.

Abd Jalil berkata polis masih menyiasat jika terdapat unsur lain dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan