RM76 juta pakej rangsangan untuk Kelantan bukti keikhlasan kerajaan pusat

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Kerajaan pusat telah menyalurkan RM76 juta pakej rangsangan kepada Kelantan sebagai bukti keprihatinan kerajaan kepada rakyat Kelantan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata peruntukan itu sejajar dengan konsep satu Malaysia kerajaan pusat rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

"Kerajaan pusat benarbenar ambil berat kepada rakyat Kelantan, kerajaan telah meluluskan RM76 juta untuk pakej rangsangan ekonomi," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu semasa berucap pada majlis berbuka puasa dan beramah mesra bersama rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, semalam. Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dalam rangka lawatan sehari ke Kelantan. Mustapa berkata keprihatinan itu juga terbukti apabila kerajaan juga telah meluluskan RM11.5 juta untuk penduduk di luar bandar di Kelantan.

Katanya sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menghapuskan 45,000 golongan miskin tegar di negara ini, peruntukan itu dapat meningkatkan lagi golongan sasar untuk keluar dari garisan kemiskinan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan