PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (SELASA)

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT adalah perkembangan inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini.

1.45 tengah hari: Mahkamah ditangguh sehingga esok. Seorang saksi baru, lelaki misteri yang membuat laporan 'penganiayaan' dijangka akan memberi keterangan. Buat masa ini, identiti saksi berkenaan belum diketahui.

1.40 tengah hari: Mohd Ashraf berkata, beliau tidak pernah dipanggil oleh polis berhubung sebarang dakwaan dalam laporan polis itu. Beliau juga bebas daripada sebarang saman sivil dan tidak pernah disaman kerana menyebabkan kecederaan berat.

1.35 tengah hari: Mohd Ashraf berkata, Teoh tidak pernah mengadu berada dalam kesakitan ketika berada di pejabat SPRM. Katanya, Teoh juga tidak menyebut apa-apa tentang akan berkahwin.

1.25 tengah hari: Mohd Ashraf berkata, Teoh kelihatan gugup apabila melihat empat dokumen yang dicetak daripada komputer ribanya. Katanya, pegawai lain telah menunjukkan dokumen tersebut kepada Teoh semasa sesi soal jawab pada 15 Julai.

1.15 tengah hari: Koroner berkata, laporan itu relevan kerana ia berlaku di tempat yang sama (tingkat 14, Plaza Masalam) dan mungkin melibatkan orang yang sama. "Butiran dalam laporan itu relevan dengan fakta inkues ini," kata Azmil Muntapha.

Mohd Ashraf dipanggil ke kandang saksi. Abdul Razak mula mengemukakan soalan.

1 tengah hari: Abdul Razak berkata, tidak perlu meletakkan saksi di kandangs saksi hanya untuk memalukan beliau dan bertanya soalan-soalan yang tidak relevan kerana "ini bukan perbicaraan"

12.45 tengah hari: Gobind tidak bersetuju dengan Abdul Razak. Katanya, laporan polis itu melibatkan dakwaan-dakwaan terhadap saksi (Mohd Ashraf)

Gobind mempersoalkan 'ketakutan' SPRM berhubung perkara itu. "Kenapa takut? Jika anda tidak melakukan apa-apa yang salah, katakan yang anda tidak lakukan apa-apa yang salah."

Gobind menegaskan yang Mohd Ashraf mempunyai peluang untuk menafikan dakwaan-dakwaan itu jika dibenarkan memberi keterangan.

Abdul Razak berkata, Gobind tidak boleh melibatkan Mohd Ashraf kerana selepas laporan itu diteliti, nama Mohd Ashraf tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Gobind berkata, laporan itu menyatakan 'beberapa pegawai SPRM' dan Mohd Ashraf adalah pegawai SPRM.

Peguam mewakili Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar menyokong hujah Gobind, dengan mengatakan Mohd Ashraf bekerja dengan SPRM ketika laporan itu dibuat.

12.35 tengah hari: Mahkamah disambung semula. Abdul Razak berkata, laporan polis itu tidak relevan dengan inkues yang dijalankan atas beberapa sebab. Salah satunya adalah orang yang membuat laporan berkenaan pada 11 September 2008 adalah suspek, sementara Teoh adalah saksi.

11.50 pagi Peguam Tan Hock Huan (mewakili Jabatan Peguam Negara) mencadangkan laporan polis oleh Gobind Singh Deo yang disebutkan pada 28 Ogos lalu (berhubung penganiayaan dan salahguna kuasa oleh pegawai SPRM) diserahkan kepada peguam SPRM, Datuk Abdul Razak Musa. Gobind bersetuju.

Mahkamah berhenti rehat seketika untuk pihak-pihak berkenaan meneliti laporan tersebut.

11.24 pagi Saksi ke-19, pegawai SPRM, Mohd Ashraf Mohd Yunus, 25, dipanggil memberi keterangan untuk kali kedua.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan