MIC bakal pecat Subramaniam?

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam bakal berhadapan dengan tindakan dipecat daripada MIC?

Ini antara kemungkinan menanti Subramaniam, yang bertanding untuk merampas semula jawatan Timbalan Presiden MIC Sabtu ini, atas dakwaan telah mencemari dan menghina proses pemilihan parti itu.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang bermesyuarat pagi tadi memutuskan untuk merujuk Subramaniam, 'musuh tradisi' Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, kepada Jawatankuasa Disiplin.

Surat tunjuk sebab kemungkinan akan dikeluarkan minggu depan selepas pemilihan Sabtu ini.

Ketika mengumumkan keputusan itu di sini tengah hari tadi, Samy Vellu berkata, parti akan mengambil tindakan disiplin ke atas Subramaniam dan tindakan undang-undang terhadap bekas Naib Presiden MIC, Datuk V. Govindaraj berhubung laporan media bahawa pemimpin itu memenangi pemilihan Timbalan Presiden MIC pada 1977 dengan taktik kotor. Samy Vellu menewaskan Subramaniam dengan perbezaan 26 undi pada ketika itu.

Govindaraj mendakwa, beliau telah membawa 30 undi dalam poketnya ke bilik pengiraan undi, yang akhirnya membantu kemenangan Samy Vellu.

Subramaniam pula membuat kenyataan mengesahkan apa yang dinyatakan oleh Govindaraj dengan berkata "saya menyedari dakwaan tersebut."

Dua tahun kemudian, Samy Vellu memangku jawatan Presidan ekoran kematian penyandang jawatan itu, Tan Sri V. Manickavasagam dan menerajui MIC sehingga kini.

Dakwaan itu disiarkan oleh akhbar Malay Mail semalam.

Dalam reaksi segeranya, Samy Vellu juga telah menyangkal laporan tersebut semalam.

Govindaraj, bekas orang kuat Samy Vellu telah pun dipecat daripada parti dan secara terbuka telah menyatakan sokongan kepada Subramaniam pada pemilihan kali ini.

Govindaraj juga secara terbuka telah mengkritik kepimpinan Samy Vellu sejak kebelakangan ini.

Samy Vellu menjelaskan, tindakan ke atas kedua-dua mereka hanya akan diambil selepas pemilihan parti hujung minggu ini.

"Mungkin beliau boleh menang pemilihan (jawatan Timbalan Presiden)," kata Samy Vellu dengan sinis ketika ditanya mengapa menunggu sehingga selepas pemilihan untuk bertindak ke atas mereka.

Menceritakan apa yang berlaku pada pemilihan tahun 1977 itu, Samy Vellu memberitahu, daripada 1,080 perwakilan ketika itu, beliau memperoleh 553 undi berbanding Subramaniam 527 undi.

"Ramai orang berada di bilik pengiraan undi... Subramaniam juga berada di dewan pengiraan undi dengan menghisap rokok.

"Dalam keadaan begitu ramai orang berada di dewan pengiraan undi, bagaimana taktik kotor ini boleh digunakan?" kata beliau yang seringkali melabelkan Subramaniam sebagai "anak emas" Manickavasagam.

"Ia merupakan jenaka terbaik tahun (ini)," kata bekas Menteri Kerja Raya ini yang memenangi jawatan Presiden April lalu dan kini secara terbuka mengiktiraf barisan calonnya Datuk G. Palanivel untuk mempertahankan kedudukan Timbalan Presiden.

Palanivel juga hadir pada sidang media tengah hari tadi.

Lazimnya Jawatankuasa Disiplin boleh mengesyorkan tindakan amaran, digantung keahlian atau dipecat daripada parti jika seseorang itu disabitkan kesalahan.

Ketika ditanya sama ada Subramaniam boleh dipecat daripada MIC, Samy Vellu memberitahu, tindakan itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin selepas memanggilnya untuk memberikan keterangan.

"Saya tidak boleh mengatakan sama ada beliau akan dipecat... terserah kepada syor Jawatankuasa Disiplin... Jawatankuasa Disiplin akan memanggil orang yang dituduh untuk disiasat," katanya.

Pada awal tahun ini, Jawatankuasa Disiplin telah mengesyorkan untuk memecat bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthupalaniappan atas alasan mengeluarkan kenyataan menjatuhkan maruah dan imej parti.

Bagaimanapun CWC kemudian menggugurkan hukuman tersebut dan hanya memberi amaran.

PEMILIHAN PARTI

Ketika ditanya mengenai pemilihan kali ini, Samy Vellu berkata, beliau yakin kesemua calon dalam barisan yang diiktirafnya akan menang Sabtu ini.

"Saya yakin mereka akan berjaya," kata beliau sambil menunjukkan hasil kajian yang dilakukannya.

Nota hasil kajian ini memperlihatkan warna hijau, merah dan kuning.

Tanpa mendedahkan kandungan keseluruhan kajiannya, Samy Vellu memberitahu, warna hijau menandakan sokongan yang memihak kepada pasukan pilihannya.

"Warga merah adalah petanda kelabu dan saya akan bekerja untuk mengubah menjadi hijau, saya buat kajian ini... mereka (calon-calon diiktiraf Samy Vellu) juga tidak tahu tentang ini," katanya.

Maklumat kasar halaman pertama nota hasil kajian itu menunjukkan dua pertiga petak berwarna hijau.

"Hasil kajian ini berdasarkan komunikasi saya dengan perwakilan sejak kebelakangan ini. Hari ini saya akan mengadakan pertemuan dengan perwakilan Selangor di satu tempat rahsia," kata Samy Vellu yang mengetuai sesi berkenalan dengan calon diiktiraf beliau sejak dua minggu lalu.

Selain itu, beliau juga menghubungi secara langsung para perwakilan agar menyokong calon pilihan beliau.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan